"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Rabu, 1 Disember 2010

Aku hanya wanita biasa


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..










Khamis, 11 November 2010

DOA DOA PILIHAN

DOA DEMAM PANAS
albarakah
67. Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi Alihisalam adalah dia mengajar mereka itu dari demam dan daripada sekalian sakit semuanya, bahawa mengucap ia: "Bismillah Yang Maha Besar daripada kejahatan tiap-tiap urat yang menggelegak darah, dan daripada kejahatan panas neraka." (GHARIB)
Dibasahkan kain tuala dan diletakkan dikepala atau diperut orang yang demam sambil dibaca doa di atas.

BERUBAT DENGAN HABATUS SAUDA
albarakah
36. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi Alahissalam bersabda ia: "Lazimkan dengan ini jintan hitam, maka bahawasanya padanya kesembuhan daripada sekalian penyakit melainkan mati. Dan Sam itu maut. (Hasan Shahih)
Jintan Hitam itu banyak khasiatnya di dalam ubat-ubatan,ianya boleh digunakan dengan dijadikan kopi sebagai minuman atau sebagai kapsul dan boleh digoreng tanpa minyak untuk kegunaan luaran dan makanan

DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA
albarakah
Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

DOA PELEMBUT HATI
albarakah
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.

DOA SUPAYA DIBERI KEBIJAKSANAAN DALAM KEHIDUPAN
albarakah
Ya Allah, berikanlah aku kecekapan dalam bertindak dan lindungilah aku dari keburukan jiwaku
Baca sebelum membuat sesuatu perkara. Pastikan anda jujur dalam pekerjaan dan tindakan yang akan dilakukan. Elakkan perkara yang menjerumus kepada maksiat dan keburukan walau sekecil beras.

DOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN HATI
albarakah
Ya Allah, yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu
Berdoa sebelum dan selepas membuat keputusan. Hanya kepada Allah sahaja kita dapat memohon dari Syaitan yang suka menyesatkan dan membawa sangsi.

DOA RASULULLAH SELEPAS SOLAT MALAM
albarakah
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikhail dan Israfil, Dzal yang menciptakan langit & bumi, Dzal yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlihat, Engkau memberikan hukum kepada para hambamu dalam permasahalahan yang mereka perselisihkan, maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan izinmu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus.
Baca selepas sembahyang pada waktu malam dimana masa itu adalah yang paling afdal dan doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapkan hati dan bukakan minda agar segala yang dihajati dapat disampaikan dengan ikhlas.

Selasa, 9 November 2010

ILMIAH.. Tip Untuk Semua pelajar

Tips Bila Hampir Peperiksaan

 

Artikel ini adalah mengenai tips-tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul

 -Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan


contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat


-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih 


Tips Hilang Rasa Gementar Dalam Exam

 

DI antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah :
1. Sembahyang lima waktu sehari semalam.

2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari.

3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.

4. Banyakkan berdoa.

Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan. 

 

Untuk berjaya & gembira

Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama, menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.Bagaimana?Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu…

• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.

• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

• Hanya memikirkan yang terbaik, kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.

• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain. 

Jumaat, 5 November 2010


 
BAGAIMANA MERASAKAN KETENANGAN JIWA SELEPAS BERZIKIR...
 
Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...

 Saya merasa masih amat belia dan bau kencur menguak tabir rahasia zikir. Selain pengetahuan agama yang minus, juga kerana praktik mujahadah dan riyadlah yang masih lemah. Andaikan saya menuangkan secuil inspirasi saya tentang makna zikir, pasti itu bukan berangkat dari pengalaman rohani, namun cuma sebatas penjajakan oleh tongkat bernama rasio atau logika. Meski demikian, saya harus menuangkan inspirasi mendesak soal zikir ini guna membabarkan sudut pandang saya tentang zikir merujuk pada beragama paparan yang pernah saya dengarkan.


Jadi, andaikan saudara pembaca menangkap pelajaran dari artikel yang amat sederhana ini, semoga bisa menitipkan endapan positif di kalbu. Namun, jika ada kotoran yang menitis dari setiap tulisan ini, tolong direnungkan terlebih dahulu, di-delete, kemudian singkirkan dari ruang batin.


Saya akan mengurai tentang zikir dan efek yang dihadirkan saat berzikir. Dan mengapa orang masih belum merasakan ketenangan di saat berzikir? Saya berusaha mengurai soal tersebut, semoga menghadirkan penyegaran ke dalam batin.


Hidup tidak tenang kerana tak dihiasi dzikir. Ada orang yang berzikir akan tetapi tidak bisa menyerap ketenangan batin. Lisan melantunkan zikir, ya mungkin hatinya belum berzikir. Jika hati belum menghayati zikir yang syahdu disertai pemahaman terhadap makna yang terkandung dalam zikir, ketenangan batin sulit berkunjung ke ruang batin ini. Zikir, selaras dengan maknanya, ingat. Ingat disini berarti sedar. Sedar inilah yang membuat kita bisa menikmati setiap momen kehidupan ini. Sedar berada di sentrum diri kita, yakni hati. Zikir hanya bisa mengundang ketenangan, bila telah dihayati dengan hati. Kita perlu menghayati proses zikir, tanpa memedulikan segala hal selain kalimat dan makna dari zikir tersebut.


Jika kita bisa menghayati zikir dengan sungguh-sungguh, berkat pertolongan Allah, perlahan-lahan kita akan merasakan kehadiran Allah, dan melepaskan seluruh ikatan-ikatan duniawi yang membonsai fikiran kita. Di saat seluruh kesadaran duniawi telah berganti dengan kesadaran ilahi, nescaya air ketenangan akan mengalir ke dalam jiwa kita. Namun, jika ikatan duniawi masih menyatroni fikiran dan hati jesteru ketenangan tidak akan mengalir ke dalam hati ini. Lupakan seluruh masalah duniawi yang menggelisahkan hati, membuka fikiran negatif, atau hanya menurunkan kesedihan, dan alihkan perhatian kita hanya mengingat Allah SWT. Ingatan pada Allah semoga bisa menelan seluruh ingatan-ingatan yang semu yang hanya mengundang kegelisahan tersebut, tak pelak bibit ketenangan bersemi dan menyembul dari hati kita.


Hati kita hanya memiliki satu wajah, ketika menghadap pada sesuatu maka melupakan suatu yang lain. Ketika hati kita menengadah pada kemilau duniawi, nescaya akan berpaling dari Allah SWT. Dan ketika hati kita menghadap pada Allah, nescaya akan berpaling dari duniawi. Kerana itu, saat kita berzikir menghadapkan hati kita sepenuhnya pada Allah. Ketika sentrum kesedaran ini dipenuhi ingatan pada Allah SWT, itulah momen ketenangan bakal diraih.


Ketika kesedaran peribadi telah dihiasi ingatan pada Allah, nescaya dia akan terampil merespons segala hal yang terjadi dengan tenang lantaran menganggapnya sebagai anugerah dari Allah SWT. Setiap kejadian yang menimpanya dipandang menjadi instrument dari Allah guna mengungkit potensi yang bersemayam dalam dirinya. Ketika memperoleh anugerah berupa nikmat, maka dia menganggapnya sebagai lahan pengungkit potensi syukur. Ketika tertimpa musibah, dia menganggap sebagai lahan pengungkit potensi sabar. Ketika dia merespons kenyataan masa lalu dipandang sebagai lahan mengungkit potensi redha. Dan ketika dia harus menatap masa depan yang penuh misteri, dipandang sebagai jalan pengungkit potensi tawakkal. Perlahan-lahan, dia akan menggapai pada respons tertinggi yakni bersyukur di setiap keadaan.



MEMELUK KESUNYIAN


Dewasa ini terasa begitu sulit untuk memeluk kesunyian dan kesenyapan batin. Kesunyian menjadi mahal harganya, semenjak kita disuguhi beragam gebyar kehidupan yang menuhankan popularitas, kemegahan, kemewahan, dan suasana bombastis lainnya. Ada seorang sahabat bilang, “Ah tidak enak, sendirian terus di rumah, seakan hati dirambati kesedihan melulu.” Dia memersepsi bahwa kesenyapan dan kesunyian hanya memproduksi kesedihan dan penderitaan, dan gebyar keramaian akan melahirkan kesenangan (yang menurutnya kebahagiaan).


Begitulah orang yang masih terkongkong dalam “hegemoni” hawa nafsu, cenderung menganggap kesunyianlah yang menurunkan kesedihan, kerana memang nafsu menyukai keramaian. Untuk itu, betapa banyak anak muda melepaskan kesedihan yang mempermak jiwanya dengan bermain di mall, di taman hiburan, dan sebangsanya. Padahal dalam keramaian sejatinya dia tidak bisa menjumput ketenangan dan kebahagiaan batin, hanya memeroleh kesenangan yang bersifat sementara. Setelah itu, kesedihan akan merambat dengan volume yang lebih besar. Tengok saja, betapa banyak sosok artis yang dikitari kuasa hiburan ternyata hidup dalam kebahagiaan yang semu. Tahu-tahu kita mendengar rumah tangganya retak, anak-anaknya tidak keurus, terjerumus ke dalam narkoba, dan semacamnya.


Keramaian membuat orang makin terpukau dengan pelangi yang ada di luar dirinya, sehingga lupa menengok khazanah keindahan yang bersemedi dalam jiwanya. Keramaian dan warna pelangi yang berada diluar akan menyandera orang untuk tidak memeroleh keindahan yang berada dalam batin. Sebagaimana dituturkan oleh sang guru yang mulia “banyak orang berebutan kerang yang berserakan di permukaan lautan, padahal kerang itu tak berisikan mutiara. Dan mutiara yang sejati masih bersembunyi dalam kerang yang berada di dasar lautan.” Mereka menganggap bahawa setiap kerang dihuni oleh mutiara, padahal hanya kerang-kerang terpilih yang berisikan mutiara.


Kita tidak memperoleh kebahagiaan lantaran salah menafsirkan atau mendefinisikan kebahagiaan dan kesenangan. Salah menyangka bezanya ketenangan dan kesenangan. Kesalahan itu bermula dari kesalahan mendifinisikan diri sendiri. Kesalahan memaknai diri sendiri, karena kita jarang tersambung dengan sumber kebahagiaan yang tinggal di dalam hati kita sendiri. Kita jarang berwisata ke dalam batin, kerana kita melulu mendambakan berwisata ke luar diri kita.


Inilah saatnya kita berwisata ke dalam taman hati kita sendiri, ternyata disanalah kebahagiaan itu bertempat tinggal. Berwisata ke dalam batin ini bisa dijalani bila kita berusaha untuk bersahabat dengan kesunyian. Kesunyian jasad, kesunyian fikiran, kesunyian hati, dan kesunyian jiwa. kesunyian itulah yang menghimpun manusia dalam kesadaran yang begitu luas, kerana dalam kesunyian ada penyerahan diri pada Allah. Dalam kesedaran penyerahan diri bermukim kebahagiaan yang tak terhingga. Insya Allah...


Wallahu A’lam Bis Showaab.


 Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....


Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini...
  
Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik..


Khamis, 16 September 2010

 Wanita Solehah Idaman Mujahid

 

 

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan ayahku. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. 

Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


Rabu, 15 September 2010

 
Siapa Orang yang Allah cintai?

Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnya Allah menyukai  orang yang bertaqwa." (Surah al-Tawbah 9: 4)

Orang-orang yang cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2: 222)

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al- Mumtahanah 60: 8)

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, makan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran  3: 159)

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2: 195)

Orang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61:4)

Ahad, 12 September 2010

MeNgHaDaPi MuSiBaH DeNgAn SaBaR...

    "Saya gembira mendapat musibah daripada Tuhan. Ini kerana , saya juga akan selalu ingat pada dosa dan kesalahan saya. Saya juga berlatih menjadi sabar dalam  menghadapi musibah yang menimpa kehidupan saya ini. Terima kasih, Ya Tuhan. Saya juga pernah terbaca satu ungkapan yang tidak kurang menariknya. Bunyinya begini, "Tuhan tidak mungkin memberi musibah di luar kemampuan manusia. Seberat mana pun musibah itu, kita tentu dapat mengatasinya".
   Tentu kedua-dua ungkapan itu mengusik jiwa. Ungkapan itu mengingatkan saya yang hidup ini penuh cubaan Tuhan. Jadi, kita mesti meningkatkan kesabaran dalam menjalani dan menyelesaikan semua cubaan dan dugaan yang datang. Kita mesti mencari jalan keluar terbaik.

     Secara automatik , kebahagiaan memasuki jiwa orang yang sabar. Mereka menerima dengan sabar segala musibah yang diberikan Tuhan. Kenyakinan itulah yang membuat mereka berjaya meraih kebahagiaan hidup. Walau apa pun musibah yang menimpa kita, hanya ada satu ungkapan iaitu "Inna lillah wa inna raji'un". Hanya Tuhan tempat asal kita dan kepadanya kita kembali. Itulah bukti kesabaran kita pada ketentuan Tuhan. Jika inilah yang kita rasakan, maka tenaga sabar sudah pun memasuki kehidupan kita. Maka, berbahagialah!.
  
      Kenapa kita mesti bahagia? Ini kerana apa pun musibah yang datang , kita hanya memerlukan satu jawapan sahaja iaitu "Sesungguhnya aku berasal darimu dan akan dikembalikan kepadamu". Musibah berasal dari Engkau dan akan Engkau tarik musibah itu. Engkau hanya memberi ujian kepada kami. Maka, sebesar mana pun musibah yang datang perlu dihadapi dengan tabah.

             "Dan janganlah kamu(berasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati". (Surah Ali Imran, Ayat: 139)

       Tanpa kita sedari, ketenangan dan kesabaran itulah sebenarnya sumber pertolongan daripada Tuhan. Tuhan tidak sanggup melihat hamba yang taat kepadanya menderita. Dia pasti menurunkan pertolongan. Yakinlah!.
     



KENYAKINAN DIRI AKAN MEMBAWA KECEMERLANGAN

 Langkah ke arah mewujudkan kenyakinan diri:

1. Mulakan hari dengan bacaan al-Quran dan munajat
2. Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu
3. Anggapkan diri yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain
4. Orang lain boleh buat kenapa anda tidak boleh buat?
5. Jangan takut-takut/teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
6. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat
7. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang
8. Kemas diri dan anggapkan diri adalah terbaik pada hari itu
9. Apabila berinteraksi pandanglah tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
10. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut
11. sentiasa peka terhadap waktu , jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas
12. Semua kekurangan/kelemahan yang ada pada diri dibaiki
13. Bertawakal kepada Allah

Rabu, 8 September 2010


Myspace Lover Letter




PERMATA YANG DICARI

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Selasa, 7 September 2010

Keutamaan Puasa Enam Hari Syawal

Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hubban dalam "Shahih" mereka)

Dari Abu Hurairah radhallaahu 'anhu, Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun." (HR. al-Bazzar)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa enam hari penuh, karena setiap hasanah (kebaikan) diganjar sepuluh kali kelipatannya, sebagaimana telah disinggung dalam hadits Tsauban di muka.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfa'at, di antaranya:
1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya'ban bagaikan shalat sunnah rawathib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, karena pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam di berbagai riwayat. Mayoritas puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta'ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan, "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan sesuatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk, maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

Puasa Ramadhan -sebagaimana disebutkan di muka- dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya Iedul Fithri yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah Iedul Fithri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

oleh karena itu termasuk sebagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampuan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia justru mengggantinya dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Allah Ta'ala berfirman, "Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai lagi." (QS. an-Nahl: 92)

5. Dan di antara manfa'at puasa enam hari di bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.

Barangsiapa yang mereka demikian maka sulit baginya untuk bersegera kembali melaksanakan puasa, padahal orang yang bersegera kembali melaksanakan puasa setelah Iedul Fithri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa, ia tidak merasa bosan dan berat apalagi benci.

Seorang ulama Salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya di bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau berkomentar, "Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah Ta'ala secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang shalih adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun."

Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, karena hal itu akan mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal. Dengan demikian telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Ketahuilah amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada batasnya hingga maut menjemputnya. Allah Ta.a'a berfirman, "Dan sembahlah Tuhan-mu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)." (QS. al-Hijr: 99)

Dan perlu diingat pula bahwa shalat-shalat dan puasa serta shadaqah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala pada bulan Ramadhan adalah disyari'atkan sepanjang tahun, karena hal itu mengandung berbagai macam manfaat, diantaranya; ia sebagai pelengkap dari kekuarangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada Hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapuskannya dosa dan dilipatgandakannya pahala kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, shalawat dan salam semoga tercurahkan selalu keharibaan Nabi, segenap keluar dan sahabat beliau.


Sumber: Risalah Ramadhan, oleh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al-Jarullah.

Khamis, 2 September 2010

 BeRTaPa BeRHaRgAnYa Dia...



Jika isteri menangis dihadapanmu….

hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah.
Hanya jika dia sangat menyayangimu, Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau muram terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

" Apakah keistimewaan perempuan ini ? "

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya mampu memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya mampu membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA..


Rabu, 1 September 2010


 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma ini saya ingin mengucapkan
"تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكم."
‘Taqabbalallahu minna waminkum’
"Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan.
Allah SWT telah berfirman:
"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah An-Nuur 24:22)
Selamat Berbahagia di Aidilfitri
"Kullu 'am wa antum bikhair"
Dengan ingatan tulus ikhlas
  -Nyda-

Selasa, 31 Ogos 2010




Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah.

Yang berkewajiban membayar

Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:
  • Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan tetap dalam Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Besar Zakat

Besar zakat yang dikeluarkan menurut para ulama adalah sesuai penafsiran terhadap hadits adalah sebesar satu sha' atau kira-kira setara dengan 3,5 liter atau 2.5 kg makanan pokok (tepung, kurma, gandum, aqith) atau yang biasa dikonsumsi di daerah bersangkutan (Mazhab syafi'i dan Maliki)


Waktu Pengeluaran

Zakat Fitrah dikeluarkan pada bulan Ramadhan, paling lambat sebelum orang-orang selesai menunaikan Salat Ied. Jika waktu penyerahan melewati batas ini maka yang diserahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah biasa.

Penerima Zakat

Penerima Zakat secara umum ditetapkan dalam 8 golongan/asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil) namun menurut beberapa ulama khusus untuk zakat fitrah mesti didahulukan kepada dua golongan pertama yakni fakir dan miskin. Pendapat ini disandarkan dengan alasan bahwa jumlah/nilai zakat yang sangat kecil sementara salah satu tujuannya dikelurakannya zakat fitrah adalah agar para fakir dan miskin dapat ikut merayakan hari raya.

Sumber Hadits berkenaan dengan Zakat Fitrah

  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
  • Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk salat 'ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum salat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah salat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fithrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)
  • Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah sw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fithrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)
  • Artinya : Diriwayatkan dari Nafi' t. berkata : Adalah Ibnu Umar menyerahkan (zakat fithrah) kepada mereka yang menerimanya (panitia penerima zakat fithrah / amil) dan mereka (para sahabat) menyerahkan zakat fithrah sehari atau dua hari sebelum 'iedil fitri. (H.R.Al-Bukhary)
  • Diriwayatkan dari Nafi' : Bahwa sesungguhnya Abdullah bin Umar menyuruh orang mengeluarkan zakat fithrah kepada petugas yang kepadanya zakat fithrah di kumpulkan (amil) dua hari atau tiga hari sebelum hari raya fitri. (H.R: Malik).

Hikmah disyari'atkannya Zakat Fitrah

Di antara hikmah disyari'atkannya zakat fitrah adalah:
  1. Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmat-l\lya.
  2. Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya maupun miskin sehingga mereka dapat berkonsentrasi penuh untuk beribadah kepada Allah Ta'ala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya.
  3. Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa. (Lihat Al Irsyaad Ila Ma'rifatil Ahkaam, oleh Syaikh Abd. Rahman bin Nashir As Sa'di, hlm. 37.)
  4. Di antara hikmahnya adalah sebagaimana yang terkandung dalam hadits Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhuma di atas, yaitu puasa merupakan pembersih bagi yang melakukannya dari kesia-siaan dan perkataan buruk, demikian pula sebagai salah satu sarana pemberian makan kepada fakir miskin.

Isnin, 30 Ogos 2010



Siri Baitul Muslim: Hatimu untuk siapa..??

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah..mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan
oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak
memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai
seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang
di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai
anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang
atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.


Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Ahad, 29 Ogos 2010

DOA PERINGATAN HARI KEMERDEKAAN


Seluruh rakyat malaysia, pada peringatan Hari Kemerdekaan Tahun 2010 kali ke-53 yang bertemakan 1Malaysia Menjana Tranformasi. Rakyat Malaysia beragama Islam mereka sedang melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, yakni di bulan yang mulia, bulan yang agung.  Bulan Ramadhan adalah bulan yang haram untuk bermusuhan, haram untuk berperang, haram untuk menyinggung perasaan siapa saja dan haram untuk menyakiti siapa saja. Pada bulan ini terdapat waktu-waktu yang mustajab,  untuk memperingati kemerdekaan marilah kita bersama-sama berdoa :
ALLOHUMMA, YA ALLAH KAMI SEBAGAI HAMBAMU HANYA BERSIMPUH DAN BERSUJUD KEHADIRATMU, ENGKAULAH MAHA PENCIPTA YANG TELAH MELIMPAHKAN BANYAK ANUGERAH DAN KENIKMATAN  TIADA TERHINGGA, MAKA DENGAN KERENDAHAN HATI KAMI HANYA BERDOA DAN MEMOHON PERTOLONGAN  KEPADAMU.
ALLOHUMMA, YA ALLAH HANYA DENGAN RAHMATMU DAN DENGAN MELALUI PERJUANGAN PARA PAHLAWAN YANG TELAH MENGORBANKAN JIWA, RAGA, HARTA BENDA, DARAH DAN AIR MATA YANG TIADA TERHITUNG, ENGKAU MENGANUGERAHI KEMERDEKAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
ALLOHUMMA, YA ALLAH TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB BERAT YANG HARUS KAMI PIKUL DIPUNDAK KAMI DENGAN KEMERDEKAAN INI IALAH MENJAGA KEUTUHAN BANGSA DAN NEGARA INI DAN MENGISI KEMERDEKAAN INI DENGAN MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN PEREKONOMIAN NASIONAL, YANG SAAT INI HARGA SEMUA BARANG MERANGKAK NAIK, DAN SEMUA KEBUTUHAN POKOK SEHARI-HARI SEMAKIN MAHAL.
ALLOHUMMA, YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENUNAIKAN AMANAH KEMERDEKAAN INI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DAN BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENGHAYATI DAN MENELADANI SEMANGAT PERJUANGAN PARA PAHLAWAN. TUNJUKILAH KEPADA KAMI BAHWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK DAPAT MENGIKUTINYA, DAN TUNJUKILAH KEPADA KAMI BAHWA YANG SALAH ADALAH SALAH DAN BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK DAPAT MENGHINDARINYA.
ALLOHUMMA, YA ALLAH LIMPAHKAN SELALU KASIH SAYANGMU DAN JAUHILAH KAMI DARI MURKAMU, HINDARILAH KAMI DARI SEMUA FITNAH YANG DAPAT MEMECAHBELAH  PERSATUAN, KESATUAN DAN KEUTUHAN BANGSA DAN NEGARA KAMI. LINDUNGILAH RAKYAT DAN BANGSA KAMI DARI BERBAGAI BENCANA ALAM, MARABAHAYA DAN MUSIBAH.
ALLOHUMA, YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA DAN KESALAHAN KAMI, DAN AMPUNILAH DOSA DAN KESALAHAN ORANG-ORANG TUA KAMI DAN PARA PAHLAWAN DAN PARA PEJUANG, BERIKANLAH KEPADA MEREKA TEMPAT YANG LAYAK DI SISIMU SEMUAI DENGAN KODRAT DAN IRODATMU.
ALLOHUMA, YA ALLAH KAMI MEMOHON KETEGUHAN IMAN DAN TAQWA, JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG PANDAI BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATMU, BERIKANLAH  KEBERKAHAN ATAS RIZKI DAN KEHIDUPAN KAMI DAN JADIKANLAH BANGSA DAN NEGARA KAMI PADA MASA MENDATANG MENJADI SEMAKIN MAJU DAN SEJAHTERA . . . . . . . AMIN.
Related Posts with Thumbnails