"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010




Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah.

Yang berkewajiban membayar

Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:
  • Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan tetap dalam Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Besar Zakat

Besar zakat yang dikeluarkan menurut para ulama adalah sesuai penafsiran terhadap hadits adalah sebesar satu sha' atau kira-kira setara dengan 3,5 liter atau 2.5 kg makanan pokok (tepung, kurma, gandum, aqith) atau yang biasa dikonsumsi di daerah bersangkutan (Mazhab syafi'i dan Maliki)


Waktu Pengeluaran

Zakat Fitrah dikeluarkan pada bulan Ramadhan, paling lambat sebelum orang-orang selesai menunaikan Salat Ied. Jika waktu penyerahan melewati batas ini maka yang diserahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah biasa.

Penerima Zakat

Penerima Zakat secara umum ditetapkan dalam 8 golongan/asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil) namun menurut beberapa ulama khusus untuk zakat fitrah mesti didahulukan kepada dua golongan pertama yakni fakir dan miskin. Pendapat ini disandarkan dengan alasan bahwa jumlah/nilai zakat yang sangat kecil sementara salah satu tujuannya dikelurakannya zakat fitrah adalah agar para fakir dan miskin dapat ikut merayakan hari raya.

Sumber Hadits berkenaan dengan Zakat Fitrah

  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
  • Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk salat 'ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum salat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah salat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fithrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)
  • Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)
  • Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah sw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fithrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)
  • Artinya : Diriwayatkan dari Nafi' t. berkata : Adalah Ibnu Umar menyerahkan (zakat fithrah) kepada mereka yang menerimanya (panitia penerima zakat fithrah / amil) dan mereka (para sahabat) menyerahkan zakat fithrah sehari atau dua hari sebelum 'iedil fitri. (H.R.Al-Bukhary)
  • Diriwayatkan dari Nafi' : Bahwa sesungguhnya Abdullah bin Umar menyuruh orang mengeluarkan zakat fithrah kepada petugas yang kepadanya zakat fithrah di kumpulkan (amil) dua hari atau tiga hari sebelum hari raya fitri. (H.R: Malik).

Hikmah disyari'atkannya Zakat Fitrah

Di antara hikmah disyari'atkannya zakat fitrah adalah:
  1. Zakat fitrah merupakan zakat diri, di mana Allah memberikan umur panjang baginya sehingga ia bertahan dengan nikmat-l\lya.
  2. Zakat fitrah juga merupakan bentuk pertolongan kepada umat Islam, baik kaya maupun miskin sehingga mereka dapat berkonsentrasi penuh untuk beribadah kepada Allah Ta'ala dan bersukacita dengan segala anugerah nikmat-Nya.
  3. Hikmahnya yang paling agung adalah tanda syukur orang yang berpuasa kepada Allah atas nikmat ibadah puasa. (Lihat Al Irsyaad Ila Ma'rifatil Ahkaam, oleh Syaikh Abd. Rahman bin Nashir As Sa'di, hlm. 37.)
  4. Di antara hikmahnya adalah sebagaimana yang terkandung dalam hadits Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhuma di atas, yaitu puasa merupakan pembersih bagi yang melakukannya dari kesia-siaan dan perkataan buruk, demikian pula sebagai salah satu sarana pemberian makan kepada fakir miskin.

Isnin, 30 Ogos 2010



Siri Baitul Muslim: Hatimu untuk siapa..??

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah..mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan
oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak
memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai
seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang
di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai
anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang
atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.


Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Ahad, 29 Ogos 2010

DOA PERINGATAN HARI KEMERDEKAAN


Seluruh rakyat malaysia, pada peringatan Hari Kemerdekaan Tahun 2010 kali ke-53 yang bertemakan 1Malaysia Menjana Tranformasi. Rakyat Malaysia beragama Islam mereka sedang melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, yakni di bulan yang mulia, bulan yang agung.  Bulan Ramadhan adalah bulan yang haram untuk bermusuhan, haram untuk berperang, haram untuk menyinggung perasaan siapa saja dan haram untuk menyakiti siapa saja. Pada bulan ini terdapat waktu-waktu yang mustajab,  untuk memperingati kemerdekaan marilah kita bersama-sama berdoa :
ALLOHUMMA, YA ALLAH KAMI SEBAGAI HAMBAMU HANYA BERSIMPUH DAN BERSUJUD KEHADIRATMU, ENGKAULAH MAHA PENCIPTA YANG TELAH MELIMPAHKAN BANYAK ANUGERAH DAN KENIKMATAN  TIADA TERHINGGA, MAKA DENGAN KERENDAHAN HATI KAMI HANYA BERDOA DAN MEMOHON PERTOLONGAN  KEPADAMU.
ALLOHUMMA, YA ALLAH HANYA DENGAN RAHMATMU DAN DENGAN MELALUI PERJUANGAN PARA PAHLAWAN YANG TELAH MENGORBANKAN JIWA, RAGA, HARTA BENDA, DARAH DAN AIR MATA YANG TIADA TERHITUNG, ENGKAU MENGANUGERAHI KEMERDEKAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
ALLOHUMMA, YA ALLAH TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB BERAT YANG HARUS KAMI PIKUL DIPUNDAK KAMI DENGAN KEMERDEKAAN INI IALAH MENJAGA KEUTUHAN BANGSA DAN NEGARA INI DAN MENGISI KEMERDEKAAN INI DENGAN MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN PEREKONOMIAN NASIONAL, YANG SAAT INI HARGA SEMUA BARANG MERANGKAK NAIK, DAN SEMUA KEBUTUHAN POKOK SEHARI-HARI SEMAKIN MAHAL.
ALLOHUMMA, YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENUNAIKAN AMANAH KEMERDEKAAN INI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DAN BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENGHAYATI DAN MENELADANI SEMANGAT PERJUANGAN PARA PAHLAWAN. TUNJUKILAH KEPADA KAMI BAHWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK DAPAT MENGIKUTINYA, DAN TUNJUKILAH KEPADA KAMI BAHWA YANG SALAH ADALAH SALAH DAN BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK DAPAT MENGHINDARINYA.
ALLOHUMMA, YA ALLAH LIMPAHKAN SELALU KASIH SAYANGMU DAN JAUHILAH KAMI DARI MURKAMU, HINDARILAH KAMI DARI SEMUA FITNAH YANG DAPAT MEMECAHBELAH  PERSATUAN, KESATUAN DAN KEUTUHAN BANGSA DAN NEGARA KAMI. LINDUNGILAH RAKYAT DAN BANGSA KAMI DARI BERBAGAI BENCANA ALAM, MARABAHAYA DAN MUSIBAH.
ALLOHUMA, YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA DAN KESALAHAN KAMI, DAN AMPUNILAH DOSA DAN KESALAHAN ORANG-ORANG TUA KAMI DAN PARA PAHLAWAN DAN PARA PEJUANG, BERIKANLAH KEPADA MEREKA TEMPAT YANG LAYAK DI SISIMU SEMUAI DENGAN KODRAT DAN IRODATMU.
ALLOHUMA, YA ALLAH KAMI MEMOHON KETEGUHAN IMAN DAN TAQWA, JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG PANDAI BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATMU, BERIKANLAH  KEBERKAHAN ATAS RIZKI DAN KEHIDUPAN KAMI DAN JADIKANLAH BANGSA DAN NEGARA KAMI PADA MASA MENDATANG MENJADI SEMAKIN MAJU DAN SEJAHTERA . . . . . . . AMIN.
 JIWA YANG TENANG


Bismillahirahmanirrahim
Ya Ayuhal Nafsul Mutmainnah Irji’e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah
Fad khuli fi ibadi
Fadkhuli Jannaati
Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu.
Setiap kali membaca ayat ini  hati kita pasti tersentap. Kata2 lembut dari Allah, apakah kita layak menerimanya dihujung usia nanti?
Ada tujuh nafsu yang diciptakan Allah untuk manusia. Nafsul mutmainnah, Jiwa yang tenang adalah salah satu darinya ….. hanya ada pada orang yang memilih jalan yang diredhoiNya.
Jiwa yang tenang dipenghujungnya nanti disambut Allah kembali kepangkuannya dalam keadaan yang sangat bahagia dan ditempatkan disyurga hingga kekal abadi.
Jiwa yang tenang….. yang selalu dicari manusia tetapi kita selalu tersilap jalan dalm pencarian. Kita masih seperti anak kecil perlu ditatih supaya tidak terjatuh. Yang memimpin kita bertatih adalah Yang Maha Pencipta sendiri dengan pimpinan penuh kasih sayang, kasih yang lebih besar dari kasih seorang ibu yang memimpin tangan anak kecilnya.
Adakalanya kita terjatuh juga pada masa kita melepaskan diri dari pimpinanNya, namun Dia masih bersabar menghulurkan kasihNya untuk kita. Semakin kita menghampiriNya, semakin pantas Dia menghampiri kita dan Dia meyakinkan kita dengan kata2,
Sayang, Aku berada lebih dekat dari urat lehermu sendiri.”
Ucapan yang sangat mebahagiakan andaikan kita menghayatinya.
Disaat2 kita diganggu kekasaran insan lain, kata-kata lembut dari Yang Maha Penyayang itu menjadi penawar yang amat syahdu.
Kata-kata itu dari Al-Quran yang sering kita lupakan. Al Qur’an mukjizat terhebat hadiah dari Allah untuk ummat Muhammad saw. Kita terpilih menerima hadiah itu tetapi kita jarang menghargainya.
Anak2 kita diajar membacanya tetapi kita terlalai mengajar mereka untuk menghayati kandungannya. Berapa ramai anak remaja kita yang membuka Al-Qur’an dan membaca terjemahannya tanda ia ada keinginan untuk memahaminya…..?!!
Sehari tidak membaca facebook terasa gelisah, tetapi setahun tidak membuka Al-Qur’an anak kita tidak sedikitpun  merasa bersalah. Allah sentiasa melihat kita dengan kasih sayang, tetapi kita sering lalai melihat kitabNya yang penuh pengajaran sebagai balasan terhadap kasihNya pada kita.
Al-Qur’an adalah bicara Allah. Bicara siapa yang lebih hebat untuk dihayati bagi mencari ketenangan kalau bukan bicara suci itu.
Mafhum Surah As Sajda
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
Allah Maha Adil. Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat  oleh nafsu amarah.   Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikkinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri.
Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu . Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada….dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup.
NASIHAT

Nasihat ini untuk sesiapa yang membaca dan untuk diri saya sendiri. Kita, hanya manusia  dipinjamkan nyawa daripada Allah supaya tunduk dan patuh pada arahannya tapi, kita alpa dan asyik dengan keindahan hidup di dunia. Tak sedarkah kita nyawa dibadan bila-bila masa sahaja boleh di ragut oleh-Nya. Oleh itu, sudah cukupkah amalan dan bekalan untuk dibawa menemuiNya. Kita hanya insan biasa, tak lari dari melakukan dosa tapi, Allah itu maha pengampun Dia adalah segala-galanya. Jangan sekali pun kita pinggirkan-Nya dari fikiran dan hati kita. Ingatlah Wahai saudaraku, Jika kita ingat pada-Nya, InsyaAllah, Dia juga akan ingat pada kita. Kita ambil masa seketika untuk merenung diri, muhasabah diri, apa yang telah kita lakukan selama ini. Selagi masih sempat marilah kita bersama-sama memohon ampun dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka sama-samalah kita saling ingat-mengingati yang utama solat, cukupkah solat 5 waktu sehari semalam, aurat terpeliharakah aurat-aurat kita. Hmm.. tepuk dada tanya iman. Marilah sama-sama merenung sejenak apa yang kita lakukan. Apa yang kita hadapi kelak kenanglah azab-azab pedihnya di sana.. MasyaAllah.. sungguh pedih. marilah kita sama-sama berdoa agar di buka pintu hati dan diberi hidayah jalan yang benar. Apa jua yang di lakukan, kita kembalikan kepada Allah, Dia yang menentukan segala-galanya. Jangan sekali-kali mengeluh dengan apa yang menimpa. terimalah dengan penuh redha dan sabar. Ingat!! segala apa yang berlaku adalah ketetapan daripadaNya. InsyaAllah, marilah kita sama-sama menegakkan agama suci ini di dunia semoga diberkati dan diredhai Allah.

MAHA HEBAT UJIAN TUHAN


Ujian Allah, siapa yang tak pernah merasakannya kan? Hakikatnya, bila kita tersepit, baru kita nak sebut Ya Allah... mungkin tak semua tapi ramai di antara kita.Tapi itulah kita...termasuklah saya sendiri... untuk renungan kita... dan kadang-kadang Allah beri kita ujian dari yang mudah sampailah yang sesusah-susahnya untuk uji samaada kita mampu terima dan laksanakannya atau tak. Tetapi kalau kita bersabar, bertenang dan hadapinya dengan tabah, kita akan melihat kesannya. Pada saya sendiri, banyak kali diuji dengan pelbagai dugaan. Walaupun di luar kadang-kadang orang nampak kita biasa, tenang, macam tiada masalah, tapi sebenarnya, Allah saja yang tahu bagaimana kepayahan kita, kesusahan kita. Masalah... tak siapa pun yang yang tak ada masalah. Masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah sesama manusia. Masalah dengan diri sendiri pun ada. Sifat kita memang akan mengeluh. Pada saya, tak salah mengeluh, asalkan kita mengeluh sendirian, itu lebih baik, dan kemudian fikir dengan cara terbaik macam mana nak atasinya. Unik kan tuhan uji kita semua? Ada masanya, kita sangat dirahmati, apa saja yang kita minta atau hajati, tersedia depan mata, kadang-kadang apa yang kita nak tu datang dengan mudah. Kemudian, sampai masanya sebaliknya pula. Apa yang pasti, kepada Allah juga kita kena memohon, di samping berusaha bertawakal...

Ujian Allah, siapa yang tak pernah merasakannya kan? Hakikatnya, bila kita tersepit, baru kita nak sebut Ya Allah... mungkin tak semua tapi ramai di antara kita.Tapi itulah kita...termasuklah saya sendiri... untuk renungan kita... dan kadang-kadang Allah beri kita ujian dari yang mudah sampailah yang sesusah-susahnya untuk uji samaada kita mampu terima dan laksanakannya atau tak. Tetapi kalau kita bersabar, bertenang dan hadapinya dengan tabah, kita akan melihat kesannya. Pada saya sendiri, banyak kali diuji dengan pelbagai dugaan. Walaupun di luar kadang-kadang orang nampak kita biasa, tenang, macam tiada masalah, tapi sebenarnya, Allah saja yang tahu bagaimana kepayahan kita, kesusahan kita. Masalah... tak siapa pun yang yang tak ada masalah. Masalah kesihatan, m

Sabtu, 28 Ogos 2010

JANGAN SESAL PERKARA YANG LALU

Jangan sesal perkara yang lalu, dan jangan risau perkara yang akan datang. Gunakan sepenuh masa kini (hidup dalam mengenang Allah). Sentiasalah bersedia untuk mati dan pungut bekalan untuk jalan ke akhirat itu. Perhitungkan amalanmu sebelum kamu diperhitungkan diakhirat nanti. Orang yang menutup mulutnya akan terselamat. Apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan kamu lupakan Allah. Jangan benci orang yang berdosa itu, kerana kamu tidak tahu sebelum dia meninggal dunia, mungkin dia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan meninggikan darjatnya. Tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk. Sebesar zarah iman adalah lebih baik daripada kekayaan dunia kerana ia membawa kepada keselamatan.
JANGAN SESAL PERKARA YANG LALU
MENDIDIK HATI INI

Hati adalah sumber keperibadian manusia. Ia adalah pemimpin dan pengarah seluruh perilaku seharian. Ia juga tempat hidupnya kejiwaan dan spiritual. Hati itu pada awalnya suci, fitrah, cenderung kepada Allah. Lalu kemudian ia dikotori oleh dosa-dosa, dan kederhakaan kepada Allah dan kepada sesama manusia. Bila kotoran itu telah menutupi hati, ia akan sakit, lalu membuatkan manusia malas beribadah, sulit menerima nasihat. Bila kondisi itu tidak segera ditangani, hati bisa mati, lalu kafir melawan Allah, menilai yang baik itu buruk, dan yang batil itu sebagai kebenaran.
Hati ini terlalu rapuh. Ia cukup jelas melihatkan perkaitan hidup dan hati yang cukup rapat. Lumrahnya, hidup adalah medan ALLAH swt menguji ketetapan hati kita. Menguji keteguhan iman seseorang, keteguhan hati dalam redha akan kecintaan kita padaNYA. Hidup adalah gabungan antara kejayaan dan kegagalan. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan mengalami kegagalan. Dan, kebanyakan kita sering melihat derita hari ini dengan pandangan negatif, tetapi kita jarang mengingati kebahagiaan untuk esok hari disebalik hikmah di atas ujian-Nya. Malah ada yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kehidupan. Jadi belajar lah untuk menghargai apa sahaja yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak akan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada.
Inna ALLAHa ma’ana, wakafa billahi wakiila
Adapun, hati itu bisa disucikan kembali. Apapun halnya, kembali lah jua kepada ALLAH swt. Tuhan penguasa pemilik penentu segala sesuatu. Zikir dan doa berperanan dalam kesihatan dan kesucian hati. Ia mendekatkan diri kita dengan ALLAH swt, penguasa dan penentu suasana hati kita. Zikir dan doa merupakan menifestasi kesungguhan kita untuk menyucikan hati.
”Ya Allah, kurniakanlah taqwa dalam diriku, sucikanlah hatiku. Hanya Engkaulah yang mampu menyucikannya. Hanya Engkaulah pemiliknya dan hanya Engkaulah penolongnya”
Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dinik

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sedar tak sedar kita akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan 2010 ialah 1Malaysia Menjana Tranformasi. Tahun ni kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan ramadhan.

Setip tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan dengan penuh meriah dengan perarakan warna warni, konsert artis, pertandingan dan lain-lain lagi. Tema hari kemerdekaan pada setiap tahun sentiasa berubah-ubah.


Lagu 1Malaysia...

Khamis, 26 Ogos 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

 

 

 

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Oleh:  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Panduan Chatting Menurut Islam


Sesungguhnya chatting (ngobrol melalui internet), hukumnya sama dengan ngobrol/berbicara biasa. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan.


Dalam chatting, hendaknya kita menyadari, bahwa segala ucapan/tulisan kita, tetap diawasi oleh Allah SWT dan juga Malaikat Raqib dan Atid. Oleh karena itu, jagalah ucapan kita.

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 18)


Hendaknya kita selalu mengucapkan kata-kata yang baik.

Rasulullah saw. menganjurkan mukmin memilih diam daripada sekadar bicara.

Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.” (HR. Bukhari dan Muslim)


surah Fushshilat ayat 33. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”


Hendaknya pembicaran selalu di dalam kebaikan. Allah berfirman yang artinya:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).

Rabu, 25 Ogos 2010


 MUHASABAH DIRI UNTUK MENGUKUR KEKEUATAN IMAN

Ramadan ajar umat memberi maaf, jernihkan hubungan elak sengketa bawa kehancuran
RAMADAN kini berada pada 10 terakhir. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredaan Allah pastilah saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan.
Semua dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) menegaskan bahawa permulaan jalan hidayah ialah ketakwaan zahir dan kesudahan jalan hidayah adalah ketakwaan batin.
Katanya, petunjuk hanya akan diperoleh oleh orang yang berusaha menyediakan dirinya supaya menjadi orang bertakwa. Beliau menjelaskan ketakwaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan kedua, meninggalkan larangan-Nya.
Selepas berlalunya bahagian pertama dan kedua Ramadan, wajarlah kita bermuhasabah sama ada sudah benar-benar berusaha mencapai matlamat melaksanakan ibadah puasa, iaitu bagi menyemai ketakwaan dalam diri atau sebaliknya.
Ibadah puasa hanya dilaksanakan sebagai amalan menahan lapar serta dahaga bermula dengan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan tidak lebih daripada itu. Jika itu keadaannya, maka jadilah kita sebagai sebahagian daripada orang yang rugi dan tercela.
Maka sesudah berlalunya Ramadan kelak, tiada sebarang peningkatan dicapai dalam jalinan hubungan dan ketaatan terhadap Allah. Ada satu kaedah dalam Islam yang menyatakan, “Apa yang tidak dapat dilakukan keseluruhannya maka usahlah ditinggalkan keseluruhannya.”
Kita tidak akan dicela jika tidak dapat mencapai peringkat ketakwaan tertinggi tetapi kita dicela kerana tidak melakukan sebarang usaha, sedangkan kita masih berkemampuan.
Selain bermuhasabah mengenai hubungan dengan Allah, ketaatan dan ketakwaan terhadap-Nya, kita juga wajar menilai sejauh mana ibadah puasa dilaksanakan dapat mendorong untuk sentiasa memperbaiki serta mengukuhkan hubungan sesama manusia, iaitu salah satu sifat dan ciri utama golongan bertakwa.
Justeru, hitung dan nilailah sama ada kekusutan dan perbalahan yang mungkin berlaku sudah dileraikan. Atau sebaliknya, sehingga saat ini kita masih belum bertegur sapa dan bersedia memaafkan ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.
Sebaliknya, perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
Al-Quran menggariskan peranan penting itu kerana ia akhirnya dapat mengelakkan kezaliman terhadap salah satu pihak dan menyatukan kembali kedua-duanya.
Dalam hubungan ini, tindakan al-Hasan bin Ali bagi mengelakkan perpecahan dan pertumpahan darah umat Islam terus berlaku, wajar dijadikan iktibar. Selepas Ali meninggal dunia, penyokong beliau terus memberikan bai’ah kepada puteranya, al-Hasan.
Penyokong itu mahu meneruskan niat mereka untuk membunuh Mu’awiyah namun dibantah oleh al-Hasan. Sebaliknya al-Hasan mengutus surat perdamaian kepada Mu’awiyah yang diterima oleh Mu’awiyah dengan perasaan gembira tidak terkira.
Lantas, Mu’awiyah berangkat ke Kufah pada Rabiul Awal 41 hijrah iaitu selepas enam bulan al-Hasan menjalankan tugas sebagai khalifah. Al-Hasan dan al-Husain memberikan bai’ah kepadanya dan langkah itu dituruti seluruh umat Islam. Dengan demikian, tertegaklah Kerajaan Umayyah secara rasmi dan Mu’awiyah menjadi khalifah bagi umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam gembira dengan perdamaian yang dapat diwujudkan dan mereka bersyukur kerana segala bentuk fitnah serta pertumpahan darah dapat dihentikan serta-merta. Mereka menamai tahun itu sebagai ‘Tahun Penyatuan’.
Sesungguhnya usaha mulia al-Hasan meninggalkan kesan yang baik terhadap keseluruhan umat Islam. Majoriti ulama’ Ahli-Sunnah memuji tindakan yang diambil al-Hasan sehingga berjaya menyatukan kembali umat Islam yang dilanda persengketaan, kebencian dan permusuhan.
Mereka juga menegaskan bahawa tindakannya itu menegaskan lagi kenabian datuknya, Muhammad SAW yang bersabda,
“Anak (cucu)ku ini adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan melaluinya dua buah kumpulan yang besar daripada kalangan umat Islam.”

 PENANTIAN SATU TARBIYYAH

Penantian sering membuat kita rasa resah gelisah...bercampur baur emosi dan perasaan...tak senang duduk dibuatnya..Selalu kita dengar, 'Penantian itu satu penyiksaan'..mungkin ada betulnya..memang rasa tersiksa kalau berjam-jam terpaksa menunggu seseorang..apatah lagi kalau yang ditunggu itu tidak diketahui apa sebabnya dia lewat datang...rasa geram dan marah pun ada...dalam kepala bertubi-tubi soalan nak diajukan..Kalau yang ditunggu itu bertahun-tahun, lebih-lebih lagi lah penyiksaan yang ditanggung..dan entah berapa gelen pula air mata yang dah tertumpah..Tapi, bukankah lebih elok jika kita tukarkan statement itu menjadi lebih positif('',) "PENANTIAN ITU SATU TARBIYYAH"

Tak boleh tidak, penantian itu menuntut kesabaran yang tinggi..dan manusia memang dijadikan ALLAH makhluk yang terkenal dengan kurang sabarnya..memang 'alergi' sungguh dengan sesuatu yang perlukan penantian...kalau boleh semua benda nak cepat..dengan kecanggihan teknologi dan zaman cyber kini,semua pun boleh jadi cepat..nak makan, boleh 'drive-thru', nak bayar bill ada maybank-2u, nak beli barang pun semua ada kat dalam internet..pendek kata, semua mesti cepat dan mudah.Dah tak boleh tunggu-tunggu lagi..jadi 'terdidik'lah manusia yang ada pada hari ini semakin hilang sifat sabarnya..

Namun, sedar atau tidak..Penantian itu sebenarnya satu TARBIYYAH dari ALLAH yang sangat baik buat manusia..tarbiyyah diri supaya menjadi seorang yang lebih SABAR..bila kita terpaksa menunggu lama dan susah untuk mendapatkan sesuatu kita akan jadi lebih menghargai dan yang lebih baik lagi, rasa lebih bersyukur..terasa nikmatnya penantian itu bila segala yang ditunggu-tunggu itu akhirnya kunjung tiba...

Sepanjang tempoh penantian yang memerlukan kesabaran itu juga, terselit seribu satu hikmah tersembunyi..semakin lunak hati hamba ALLAH itu mengharap pada RABB nya..tumbuh pula sifat redha,bersungguh-sungguh dan tidak putus asa..semakin dia dekat dengan ILAHI yang MAHA PEMBERI segala nikmat itu..

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (Riwayat Imam Ahmad)

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik .
Teruskanlah menanti dengan penuh harap dan doa yang tidak putus-putus agar ALLAH perkenankan permintaanmu dan akhiri penantianmu itu..
Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari)

InsyaALLAH, tiada apa yang mustahil di sisi ALLAH..menantilah dengan penuh yakin dan mengharap..ini adalah tarbiyyah yang baik dari ILAHI buat hambanya..tanda kasih dan sayangnya RABBUL IZZATI kepada hamba-hambanya..

Alangkah indahnya suatu penantian itu jika kita mengetahui sesuatu yang indah sedang menunggu..cuma masanya sahaja belum tiba..yakinlah bahawa ALLAH sengaja ingin mendengar rintihannmu lebih lama.. rindu mendengar doa dan tangismu mengharap dan meminta...

Moga kita semua akan selalu mengingati ALLAH dalam keadaan susah mahupun senang..sentiasa bergantung harap dan berdoa padaNYA..Subhanallah...Alhamdulillah..AllahuRabbi...
Related Posts with Thumbnails