"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Ahad, 18 September 2011

PANDANGAN MATA 

 
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
 
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Rabu, 14 September 2011

KUSIMPAN NAMANYA DISUDUT HATI...



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,


Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..


Ya Allah, hanya diriMu lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini.. kuatkan diri ini untuk melalui segala apa yang telah Engkau tetapkan.. permudahkan ia, jika ini semua adalah terbaik buat kami melaluinya.. wallahua'lam..

Selasa, 26 Julai 2011

RAMADHAN 





Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183



Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan:

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Sabtu, 16 Julai 2011



Teka-teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya,

Imam Ghazali:Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1:Ibu bapa
Murid 2: Guru
Murid 3:Teman

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI.Sebab janji Tuhan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Ali Imran, 185)

Imam Ghazali:Apa yang paling jauh dari kita di di dunia ini?

Murid 1:Negeri Cina
Murid 2:Bulan
Murid 3:Matahari

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar. Tetapi paling benar adalah MASA LALU.Walaupun kenderaan kita, kita tetap tidakdapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali:Apa yang paling besar di dunia ini?

Murid 1:Gunung
Murid 2:Matahari
Murid 3:Bumi

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar. Tetapi yang benar sekali adalah HAWA NAFSU. (Al-A’raf,179). Justeru kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita.Jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Imam Ghazali:Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1:Paus
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali:Semua itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MEMEGANG AMANAH (Al-Azab, 72).Tumbuh-tumbuhan ,binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Tuhan. Sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal menunaikan amanah.

Imam Ghazali:Apa yang paling ringan di duniaini?

Murid 1:Kapas
Murid 2:Angin
Murid 3:Debu

Imam Ghazali:Semua jawapan kamu benar. Tetapi benda yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara –gara pekerjaan kita ataupun urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali:Apa yang paling tajansekali di dunia ini?
 
Murid-muriddenganserentakmenjawab: Pedang

Imam Ghazali:Itu benar. Tetapi yang paling tajam sekali adalah LIDAH MANUSIA kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Jumaat, 17 Jun 2011

Masa kian pendek?

atau pengurusan masa kian celaru?

Astaghfirullah..
Bila ditetapkan bahawa dalam sehari perlu pada istiqomah sekian-sekian surah dan sekian-sekian zikir,dari situ saya boleh melihat 'kekuatan' amal.

Terkadang sekadar mengheret tubuh ke kamar tidur dengan Al Quran. Betapa lemahnya untuk istiqomah. Walaupun begitu, cuba berusaha sebaik mungkin.

Paling akhir, mencium Al Quran kerana tiada kesempatan untuk berdamping dengannya..dan tidur bersama hafalan.

Terkadang dalam mengantuk, diri akan memulakan 'ceramah' untuk diri sendiri.

Jangan hairan saya suka berbicara sendiri, terutama waktu mengantuk.
Kerana itulah muhasabah yang sempat.
Sikit-sikit daripada tidak dapat apa-apa.

Ini untuk diriku yang lemah..semoga mendapat baja iman.

Apa yang penting??
Susah, senang, lapang, sempit...ingatlah Allah...

Khamis, 16 Jun 2011

ISTIKHARAH



Padamu YaTuhan kau lepaskanlah aku dari tangan yang keliru
Demi namamu Ya Allah
Ku bersujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit, biar pahit, biar diutus itulah kesempurnanku

Ya Rahman
Seandainya dia adalah yang terbaik buatku
Kau bukakanlah ruang hatiku untuk menerimanya
Namun seandainya dia bukanlah untuku
Lapangkan hati kami dalam menerima takdirmu
Sesungguhnya petunjuk darimu adalah yang terbaik buatku
Amin..

Selasa, 14 Jun 2011

TIPS MENGHAFAZ AL-QURAN 

Assalamualaikum w.b.t

~Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan kandungannya~

"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." (Al-Ankabuut 29:49)

Sekadar perkongsian buat pembaca yang dirahmati Allah,

Untuk menghafal dan menjadikan kalam-kalam Allah makanan dan zikir bagi diri kita :


  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
· Menggunakan naskhah Al-Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

· Gunakan naskhah Al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayatnya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.
· Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancarkan bacaannya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-Imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

· Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.

· Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

· Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

· Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

· Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

· Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

· Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

· Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

· Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.


KAEDAH LAIN YANG PERLU ANDA BACA:

SEBELUM MENGHAFAL
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang
5. Tenangkan fikiran sebelum menghafal
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)
* Mengelompokkan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atau ustaz, jika belajar bersama mereka
* Mengelompokkan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
* Mengelompokkan surah dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
* Mengelompokkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya
B. Teknik Mengulang
* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
* Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang setengah halaman lagi
* Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Menghafal Dengan Teman
* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
* Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
* Orang kedua membaca dan disemak oleh orang pertarna
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain
E. Teknik Mendengar Kaset/CD
* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
* Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
* Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Quran dan kurangi atau tinggalkan mendengar lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan
F. Teknik Merakam
* Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
* Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya
G. Teknik Menulis
* Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

MEMELIHARA HAFALAN
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk
6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih

PESANAN USTAZ & USTAZAH (AL-HUFFAZ)
1) Hafallah dengan memahami maknanya.
2) Berakhlaklah sebagaimana yang anda baca dalam al-Quran
3) Ulangilah tiap kali sebelum dan selepas Subuh
4) Baca dalam solat fardhu.
5) Perbanyak solat sunat agar dapat banyak mengulang di dalamnya.
6) Jangan tidur selepas Subuh, manfaati masa sebaiknya
7) Rajinlah menghafal n mengulang
8) Orang yang cuba menjaga al-Quran, lebih hebat ujiannya. maka, bersabarlah atas ujian yang lebih berat itu.
9) Bila rasa malas mengulang datang, itu salah satu tanda syaitan menggoda, maka, lawanlah. jangan putus asa.
10)Jika sukar menghafal pada satu-satu ayat, lawanlah dan teruskan, insyaAllah, ada bantuan-Nya.

PESANAN AL-ZAHRAWI
* Hafallah mengikut maqra' sewaktu bangun malam, di waktu sunyi sehingga lepas subuh. InsyAllah ketika itu Allah membuka seluasnya langit dan mendengar permohonan hambaNya.
* I'adah (ulang hafalan) setiap juzu' boleh juga dilakukan selepas Solat Maghrib jika tidak berkesempatan seharian.
* Jaga hati, pandangan dan diri, kerana ayat suci tidak akan mendampingi jiwa-jiwa yang kotor.

P/S : Berusahalah memelihara kalam-kalam suci itu, mudah-mudahan Allah meredhainya.. moga-moga ayat-ayat Allah itu sentiasa meniti di bibir dan hati kita hingga ajal menjemput kembali..





BOHONG SUNAT: DICIPTA OLEH ORANG YANG SUKA BERBOHONG

Bohong atau dalam bahasa Arab disebut al-kazib, ialah menyatakan sesuatu perkara yang hakikatnya tidak benar. Termasuk dalam kategori berbohong ialah perbuatan orang yang tidak menepati janji dan orang yang berniat jahat untuk tidak mahu menunaikannya.

Perbuatan berbohong amat buruk sekali kesannya kepada kehidupan manusia. Perbuatan itu boleh merosakkan akhlak dan menghancurkan nilai-nilai murni hubungan sesama manusia. Malah akibat berbohong boleh mencetuskan permusuhan dan tindakan keganasan di pihak lain yang teraniaya.

Oleh sebab itu, Islam amat melarang amalan berbohong  sesama manusia. Berbohong merupakan perbuatan terkutuk yang dilaknat Allah bahkan termasuk dalam dosa besar. Jadi, sebelum perbuatan itu menjadi amalan, hindarilah dengan bertaubat.

Walau bagaimanapun, mereka yang sering berbohong, bahkan menjadi budaya, sukar diselamatkan. Mereka ini dikategorikan sebagai orang munafik iaitu mengaku beriman, tetapi tidak dengan sepenuh hati. Mereka sering berbohong sedangkan mereka tahu larangannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga sifatnya, iaitu apabila berjanji tidak ditunaikan, apabila bercakap dia berdusta, dan apabila diberi amanah dia khianati” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sehubungan itu, sesiapa yang berbohong memberi makna bahawa keimanannya masih tidak sempurna biarpun dirinya mengaku beriman kepada Allah. Berbohong yang diucapkan oleh lidah itu telah menghakis keimanannya. Sebaliknya, mereka yang benar-benar beriman akan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan segala yang dilarang.

Supaya merealisasikan keimanan itu, orang yang beriman tidak mahu berbohong. Pada masa yang sama, lidah digunakan sebaiknya dalam mengatur kata-kata. Jika tidak, pasti dia akan diam berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepda Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain antaranya bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatan lidahnya” (Riwayat Ibnu Adid-Dunya). 

Jadi, sebagai orang yang beriman, jauhkanlah diri daripada kejahatan lidah, mengeluarkan kata-kata dusta. Firman Allah yang bermaksud: “Jauhkanlah perkataan-perkataan dusta” (surah al-haj: 30)

Berdasarkan ketegasan larangan berbohong itu, maka tidak benar dakwaan sesetengah orang bahawa ada “bohong sunat”. Masakan Allah s.w.t. boleh memberi pahala kepada orang yang berbohong sedangkan terdapat larangan yang begitu tegas.

Jadi, mereka yang menyebut bohong sunat itu seolah-olah mahu “menghalalkan” perbuatan berbohong. Padahal pembohongan disenaraikan sebagai perbuatan terkutuk dan dosa besar.

Walau bagaimanapun, berbohong kerana terpaksa demi menyelamatkan nyawa dan maruah, dibenarkan dalam kadar yang munasabah. Namun, kebenaran ini bersifat sementara dalam tempoh yang terhad. 

Berbohong dalam keadaan itu dihukumkan harus, bukan sunat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Oleh hal yang demikian, setiap orang tidak wajar berbohong hanya dengan alasan bohong sunat. Berhati-hatilah daripada terjebak dalam perangkap ini. Ingatlah, berbohong selain batas yang dibenarkan di atas akan memutuskan hubungan sesama manusia kerana orang yang menjadi magsanya pasti akan memusuhinya. Yang pastinya orang yang gemar menipu akan semakin tidak disukai orang lain.

Manakala di akhirat, orang yang berbohong mendapat penyeksaan di dalam neraka. Sabda Rasullulah yang bermaksud: “Tiada melangkah kedua kaki saksi palsu pada hari kiamat nanti, sehinggalah api neraka membakarnya” (Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

Ahad, 3 April 2011

DOA




Wahai Tuhanku...
Jika engkau kurniakan padaku harta jangan engkau tarik kebahagianku
Jika engkau kurniakan padaku kekuatan jangan engkau tarik kewarasanku
Jika engkau kurniakan padaku kedudukan jangan engkau tarik rasa tawadhu'ku
Jika engkau kurniakan padaku tawadhu' jangan engkau tarik kemulianku
Jika engkau kurniakan padaku kuasa jangan engkau tarik sifat kemaafanku

Isnin, 14 Mac 2011

SAYA BUKAN USTAZAH


“Awak ambik kos pendidikan Islam...”
                                    
“Tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

                        
“Tak juga, saya program ekonomi la…”
“saya ingatkan usatazah tadi…”

                              
    

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung bulat je orang ingat peajar jurusan agama…
Haishhh… Saya bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..

Saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh... Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah.
Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh kita kan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat,
terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok,
apatah lagi yang lemah imannya.
Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
                 “Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”


                  “Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh??? Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah,   awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… “

Iye walaupun kami bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan kami kedekut ilmu, sombong, setakat ilmu yang ada bolehla kami share kerana ilmu itu bila kita beri ia makin bertambah. kami juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin, kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan.Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Kami juga perlu dibimbing, dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma kami cuba jadi yang terbaik, apa yang kami mampu lakukan, kami kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat. Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. 



Ahad, 13 Mac 2011

BAGAIMANA UNTUK MELETAK MATLAMAT DENGAN AJARAN ISLAM


Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita disarankan memulakan apa saja perbuatan dengan NIAT supaya dari perbuatan kita itu, kita beroleh pahala kemudian kita menyempurnakannya dengan sehabis baik didorong oleh keinginan untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Tips bagaimana untuk set matlamat sesuai dengan ajaran Islam – tetapkan niat.

Niat adalah sebab yang mendorong kita untuk kita melakukan sesuatu. Kita sembahyang sebab itu adalah kewajipan kita dan untuk kita mendapat pahala. Kita berbuat baik sebab kita nak mendapat pahala.
Sebab nak dapat pahalah, kita buat baik, bersikap baik dan terus menerus jadi seorang Muslim yang baik. Kita kumpul-kumpul pahala supaya kita ada banyak pahala untuk menjamin kita di akhirat nanti.
Jika Anda pasang matlamat nak mencapai kejayaan pada tahun hadapan, kaji untuk apa tujuannya. Tanya diri Anda, mengapa Anda letak niat mahu berjaya.
Anda kena cari sebab kenapa Anda nak berjaya. Kaji apa faktor yang mendorong anda meletak matlamat mahu berjaya.
Sebagai contoh, Anda boleh letak niat: Anda nak berjaya sebab Anda nak jadikan kejayaan Anda tu satu suntikan inspirasi untuk adik-beradik Anda, ahli keluarga Anda atau rakan-rakan Anda. Dari segi teknikalnya, jika niat Anda bagus, motivasi diri Anda akan jadi bagus lagi berkekalan.
Andaikata motivasi Anda kurang bagus dan sekejap ada sekejap tak ada, itu maknanya ada something wrong dengan niat Anda.

Niat yang tersemat di hati akan mempengaruhi minda, lantas mempengaruhi cara Anda bertindak.
Matlamat yang sebaik-baik matlamat adalah matlamat untuk menjadi seseorang yang berguna pada masyarakat, keluarga dan agama.

Jumaat, 4 Februari 2011

UCAPAN YANG BAIK DIBALAS DENGAN YANG LEBIH BAIK...



Daripada Ummu Salamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: ( Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripanya) nescaya Allah s.w.t memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripanya, Ummu Salamah berkata lagi: " Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku, lalu Allah s.w.t menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (Menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w". Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullahs.a.w menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah s.w.t akan memberikan segalanya adalah bergantung pada ketentetuan dan kehendak Alllah s.w.t.

Rabu, 2 Februari 2011

                                    
                SIFAT QANA'AH


Sifat Qana'ah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah.

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qana'ah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qana'ah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa merasa kecukupan di dalam hidup. Amin
Related Posts with Thumbnails