"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Selasa, 27 November 2012

Pasrah Segalanya

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku melafazkan syukur kepadaMu Ya ALLAH kerana saat ini aku masih mampu untuk berdiri dan dengan rahmat ALLAH aku masih lagi bernyawa di alam fana ini.. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..Kerana  aku hanyalah insan hina ciptaan MU, Ya ALLAH.. Maha Suci Engkau, Pencipta Langit dan Bumi..  ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, dan sekian umat Islam yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Ini coretan yang simple tapi insyaALLAH memberi kekuatan yg sedang merintih dalam perjuangan meneruskan persinggahan di dunia ini.. Dunia ini hanyalah persinggahan dan yang kekal abadi adalah akhirat di sana.. Kita hamba ALLAH bukanlah sempurna, cuma sekadar dalam proses untuk mengingati dan menasihati sesama kita..InsyaALLAH moga ALLAH mendengar rintihan dan luahan kita kerana DIA lah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.. Ameeenn... :-)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Fitnah Itu Mudah, Namun Natijahnya Bukan Indah, Carilah Hikmah, Moga Ketemu Anugerah...

Khamis, 28 Jun 2012


Al-Quran selamanya dihatiku..(rosenyda)

Bismillairahmanirrahim…. Assalamualaikum semua sahabat.. Alhamdullilah, Allah mengurniakan sedikit ilmu untuk saya kongsikan bersama dengan sahabat yang lain.. saya harap, dengan sedikit amalan ini, akan membuahkan redha daripada Allah kepada kita semua..maaflah,saya sedang membaiki diri dan menambah ilmu tentang Qalam Illahi. rasa macam berat je bila saya tak sampaikan apa yang saya tahu....maaf Ya Allah, Maaf Ya Sahabat...

owhhhh, saya  sedang berusaha untuk yang terbaik di masa hadapan, perancangan telah disusun dengan rapi; matlamat telah ditetapkan, InsyaAllah, jalan ke arahnya sudah disusun dengan baik. semoga Allah memberkati usaha saya, dan saya berjaya dalam mencapai matlamat dunia dan akhirat. Aminn Ya Rabb.....

Al-Quran cintaku abadi, cinta yang membawa bahtera diri ke Syurga...Galasan taklifat cukup membebankan. Kadang-kadang title Al-Quran BERGERAK digelarkan buat diri penghafaz Al-Quran. Namun aku takut dek akhlakku dan sikapku tak sama dengan kehendak Al-Quran. 

 

Ya Allah, jauhkanlah diriku dari dibenci oleh Al-Quran dan pencinta Al-Quran, Ya Allah aku takut Al-Quran cemburu denganku dek cintaku melebihi... cintaku padanya. Kuatkan semangatku dalam menegakkan Al-Quran dihatiku dan dihati masyarakat.

Al-Quran itu sumber cahaya hati umat.. jika hilang cahaya ini hilanglah segalanya.. Siapakah yang akan membwa cahaya ini ke dalam hati-hati umat ini? insyaAllah... kita semua yang ditarbiyah... hidupkanlah hati-hati manusia dengan cahaya Allah. Terangilah dan sucikanlah hati yang telah lama gelap dengan dosa dengan cahaya petunjuk Al-Quran...

Saya selalu membaca Al-Quran selepas menunaikan solat. Baca bukan sekadar lafaz arabnya tetapi juga membaca maksud ayat tersebut. Ada suatu ayat, yang begitu menyentak hati saya.

" Dan kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu (Muhammad), tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatmu. Tetapi mereka hanya menyesatkan dirinya sendiri, dan tidak membahayakanmu sedikit pun. Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah) kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum engkau ketahui. Kurnia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu SANGAT BESAR." [ An-Nisa': 113 ]

Tapi saya selalu ingat 1 hadith...

"Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)."


Allah itu layaknya dicintai sepenuh hati. Apabila jiwa kosong syaitan cuba memenuhi segenap jiwa dengan kemaksiatan dan kelalaian. Apabila kita punya masa yg lapang isilah ia dengan mengingati Allah. Bacalah Al-Quran dengan penuh lemah lembut serta suara yg paling merdu sebagaimana kita bertutur dengan lemah-lembut kepada kedua ibu bapa kita yg sangat kita cintai. Pujuklah hati melakukan setiap perbuatan untuk mendapat redha Allah. Apabila belajar, hayatilah tiap bait baris kata-kata dalam buku itu hanya semata-mata untuk mendalami ilmu ALLAH.. insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai muslimah, aku rasa begitu bahagia tatkala ketenangan itu singgah di dalam hati..

Aku sedar tatkala fikiran ku berkecamuk , aku temui ketenangan melalui zikrullah. Sebutlah nama Allah dengan sebanyak-banyaknya dengan penuh pengharapan agar ketenangan itu akan datang. Ku baca baris al-quran dengan perlahan-lahan, ku lantunkan kalamullah dengan sedaya mungkin agar ia meresap masuk ke dalam jiwa yg lalai ini. Alhamdulillah aku temui ketenangan.

Aku teringat akan satu ungkapan yg sering mencengah dalam benak fikiranku tatkala keserabutan menyelubungi diri “Carilah hatimu dalam tiga perkara yakni, solat malam, membaca al-quran dan zikrullah. Jika kamu tidak menemui hatimu di situ maka pintalah kepada Allah hati yg baru”

Dunia ini ibarat kita menanam padi..hasilnya.. akan kita peroleh di akhirat kelak, insyaAllah bila kenangkan semula sejarah al-quran... subhanallah! susah nya...oleh itu, kita samua kena lah hargai quran itu sebaik mungkin. jaga dia,baca dia,dan sebarkan kandungannya.

Jiwaku rasa tenang tenteram,
Terasa bagai berkata-kata dengan Tuhan.
Seperti sabda Junjungan s.a.w:" jika kamu ingin berkata dengan Tuhan, bacalah al-Quran!”.
Bila menghayati…
Setiap bait ayat kalamnya,
Terasa bagai disuluh cahaya yang terang.
Indah, Menusuk Qalbuku yang kian gersang,
Bila mengalunkannya,
Terasa bagai dinaungi sakinah dari malaikat Tuhan.
Yang membuatkan aku merasai ada kelazatan,
Satu perasaan yang penuh dengan kenikmatan.
Walaupun suaraku tidak gemersik pada pendengaran insan.
Dia bisa Menitiskan air mataku,
Melembutkan lidahku yang kelu,
Menggetarkan jasadku yang utuh…
Dia kalam Tuhan,
Tiada makhluk dapat menyamakan,
Hatta membandingkan semisalnya.
Ketika bacaanku mengenai ayat targhib,
Misalnya Syurga dan orang yang muttaqin,
Hatiku berbisik sopan berdoa,
Mohon pada-Mu Ya Allah, Aku ingin masuk dikalangannya.
Ketika bacaanku mengenai ayat tarhib,
Misalnya neraka dan orang yang ingkar perintah Allah,
Hatiku berbisik lantas berdoa,
Mohon pada-Mu Ya Allah, jauhkan aku dari bahayanya.
Makna bahasanya sungguh mengkagumkan,
Menjadi panduan buat diriku yang inginkan pimpinan.
Maha suci engkau wahai Tuhan, yang mewahyukan al-Quran,
Sebagai penawar bagi orang beriman,
Menjadi hidayah buat hamba-Mu yang bertakwa dan yang inginkan keredhaan.

Aku mohon pada-Mu wahai Tuhan!
Rahmatilah aku dengan berkat membaca al-Quran,
Dan jadikanlah al-Quran buat diriku sebagai imam,
Sebagai petunjuk dan juga rahmat dari-Mu,
Agar aku merasakan sentiasa merujuk pada-Mu wahai Tuhan.
Juga agar aku tidak tersasar dari jalan kebenaran.
Dengan berkat rahmat-Mu Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Perkenankanlah! Ameen Ya Salam!

sebelum saya mengundur diri.... hiasilah peribadi kita seperti contoh teladan iaitu Nabi Muhammad SAW kerana Bagindalah Uswah Hasanah bagi diri kita, (surah Al-Ahzab 33:21) banyakkan berselawat dan banyakkan mencontohi sunnah Rasullulah..
jauhi rasa cemburu, bersihkan hati dari segala penyakit dan hasutan syaitan, lakukan perubahan demi Cinta kepada Allah dan Rasul.... setiap perbuatan, percakapan itu semua dinilai oleh Allah,.. saya harap, kita semua dapat membersihkan diri, pakaian kita (apa yang digunapakai/amalan dalam seharian) dibersihkan dengan mengikut suri tauladan yang baik... okey, maaf salah silap saya. buat masa ini, ni jer yang saya sempat coretkan buat masa ni. biar sedikit tapi berkekalan, dari banyak tapi sementara.

 ya Allah..bantulah daku..jadikan lah kami hamlatul quran dan janganlah jadikn kami laknatul quran...Allah....kuatkn semangatku dan mujahadahku ya Allah dalam memelihara ayat2Mu ....tetapkanlah aku di jalanMu ya Allah...amiinnn ya rabbal 'alamin...
berdoalah agar Allah sentiasa mengurnikan kita Ilham untuk mencariNya, dan memberikan kita Ilham untuk mensyukuri nikmatNya, kerana diakhir zaman ini, semakin kurang yang bersyukur kepadaNya.. apabila mengetahui kandungan ayat-ayatNya, semakin terasa diri ini hamba, lemah tidak berdaya berbanding Dia yang Maha Berkuasa..... :) teruskan mencintai Islam dan Allah..

hiduplah dengan ber Al-Quran..kerana aku Hamlatul Quran...baca, fahami dan amalkan, dan letakkan Al-quran itu di dalam dada... dengan itu kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.

salam kasih dari hamba Allah yang banyak melakukan kesalahan dan hina ini...yang mengharapkan husnul khatimah ..

ku tasbihkan istighfar dan tahmidku
semoga ketenangan hati dalam mencari RedhaMU..
segalanya ku serahkan padaMU..
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kita mahukan segalanya terbaik untuk kita, tapi apakah kita sudah memberi yang terbaik kepada-Nya?

Ketuk-ketukkan hati kita ini, tanyakan khabar hubungannya dengan Al-Quran...

**Kepada My Family, Sahabat2, Guru2, Lec DOAKAN saya tahun depan agar saya terpilih dalam tilawah al-Quran di Peringkat kebangsaan...
Wassalam…

Sabtu, 28 Januari 2012


Abdi Diriku...


Entah kali berapa dakwat basah pena yang kuguna ini
Bersatu bersama titisan airmata yang tidak mampu kubendung
Pada kelopak mata. Berkali-kali kuseka namun semakin deras
mengalir Airmata. Ketenangan dan jawapan pada setiap persoalan
serta kemelut yang melanda jiwa yang penuh dengan dugaan serta
cabaran. Tiada diskripsi yang mampu kunukilkan dalam memberi
gambaran rasa agungnya Maha Pencipta dan betapa kerdilnya
diriku sebagai hambanya. Demi Allah, aku menangis teresak-esak.
Bila mata melihat sesuatu segalanya berubah. Percayalah. Jiwa raga
jadi lemah, selemah-lemahnya. Terbayang pada skrin paparan
minda dosa lalu yang kulakukan namun Dia Maha Pengampun
dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan. Astagfirullah.
Bukan hanya pada kebendaan tetapi jauh lebih berharga daripada itu – keinsafan.
Allah telah beriku sesuatu ‘Hidayah’.
Related Posts with Thumbnails