"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Isnin, 29 Disember 2014



Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah....dengan izinNya boleh lagi menulis sambil dengar radio ikim....sungguh segar di halwa telinga ini disajikan bahan-bahan ilmiah daripada radio ikim ini....moga usaha untuk menyebarkan ilmu dan memberi maklumat yang islamik...diberkati oleh Allah.

Alhamdulillah juga…hari ini dikurniakan hari yang baik, diberi kesihatan yang baik oleh Allah kepada saya dan saya juga berharap sahabat-sahabat dalam keadaan yang baik hendaknya..Munculnya mentari yang menyinar tempatku di sini…Moga mentari akan muncul di tempat-tempat lain juga..walaupun ada negeri-negeri yang kini dilanda banjir masih belum surut lagi..in shaa Allah atas izin-Nya moga satu keajaiban akan berlaku..Yakin dan percaya..Teruskan bordoa dan sabar.

Renung dan fikirkan apa yang saya ingin sampaikan di sini. Semoga nukilan saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya tidak kira di mana anda berada dan siapakah anda Moga manfaat kepada semua. Moga tersemat di dalam hati-hati yang membaca tulisan saya ini. In shaa Allah.

Jangan Berprasangka Buruk kepada Allah s.w.t

“Mengapa Allah menetapkan hal ini?”

“Mengapa saya saja yang harus ditimpa musibah seperti ini?”

“Di manakah keadilan Allah?”

“Adakah Allah telah melupakan dan meninggalkan hambanya ini?”

Ayat di atas merupakan salah satu prasangka yang terlintas dihati ketika sesuatu yang tak menyenangkan menimpa diri kita.

Di dalam prasangka tersebut kita mungkin mempersoalkan, memperlekehkan dan memikirkan hal-hal yang buruk terhadap ketetapan Allah.

Ya Allah, alangkah buruknya keadaan kami. Bahkan terhadapMu kami masih memiliki prasangka yang tidak baik. Seolah-olah kami lebih mengetahui daripada Engkau. Jagalah diri kami dari kelancangan ini ya Rabb..

Memang tidak elok untuk seseorang yang lemah mempersoalkan ketetapan Sang Pencipta. Allah benar-benar mengetahui rahsia ciptaan dan ketetapan-Nya..Ingat!! Semua yang ditentukan-Nya adalah baik.

Berbaik sangkalah terhadap Allah dan jangan berburuk sangka terhadap Allah kelak kita sendiri yang akan susah. Allah telah menegaskan bahawa jangan melakukan kezaliman, sedangkan kita mengatakan Allah mengizinkan, tidakkah ini bertentangan..? Segala sesuatu bentuk kekacauan dan kezaliman adalah di sebabkan tangan-tangan manusia bukan kerana izin dari Allah, Allah mengizinkan atas diri kamu gerak- geri kamu, nafas kamu, pendengaran kamu, nyawa kamu dan akal fikiran kamu, sebab itu Allah menurunkan ayat-ayat perintah kerana Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui akan sesuatu yang bakal terjadi, Allah tahu yang manusia mampu melakukan kekacauan, kezaliman dan huru-hara serta pembunuhan, ini disebabkan manusia itu sendiri yang memilih ke jalan itu.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku, janganlah dijadikan suatu kebiasaan meletakkan sesuatu kejahatan yang berlaku semua atas izin Allah, jika sesuatu yang baik berlaku juga bukan atas izin Allah, itu adalah apa yang kamu pilih, Allah telah menetapkan bahawa barangsiapa memilih kebaikan maka kebaikanlah yang dia dapat, jika ia memilih kejahatan maka kejahatanlah yang ia akan dapat. Sudah terang lagi jelas segala ayat-ayat keterangan dari Allah, sesungguhnya al-qur’an itu memang “Huda” iaitu petunjuk bagi sekelian jin dan manusia, firman Allah yang berbunyi:-

“La tatahar roku zarrotun illa bi iznillah, tiada tergerak mereka itu melainkan dengan izin Allah”.

Akhir kata dari saya jika ada terkurang penyampaian saya mohon di tegur jangan di biarkan terus melakukan kesalahan, manusia itu kan di sarankan saling berpesan ke arah kebaikan dan berlumba-lumba membuatkan kebaikan, bukan kezaliman, harus di fahami baik-baik jangan sampai tersalah sangka terhadap Allah s.w.t. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu di atas kelemahan daripada diri saya sendiri. Wallahu’alam.

P/s: Ujian dari Allah tiada yang sia-sia, ada hikmah negara ditimpa berbagai-bagai bencana. Muhasabah diri. Kembali pada Allah. Semoga Allah melindungi Malaysia dan kuatkan semangat kami semua dalam menghadapi ujianMu.

Thanks for reading this...Semoga Allah memberi kebaikan kepada kamu semua..

FIKIR POSITIF DAN SANGKA BAIK!

JAGA DIRI, JAGA IMAN DAN JAGA AKHLAK

‪#‎PrayForMalaysia‬
‪#‎PrayForMangsaBanjir‬
‪#‎PrayForPesawatAirAsiaAWQ8501‬
‪#‎JadikanSolatDanSabarSebagaiPenolongmu‬
‪#‎TeruskanBerdoaPadaAllah‬

Ikhlas dari hati Rose Nyda

NydaRose@Nydasrikandimuda
www.nydasrikandimuda.blogspot.com

Ahad, 28 Disember 2014

 
                                                                   

Buatmu IBU

Ibu,
Redha Allah adalah dengan redhamu,
Tanpamu siapalah aku di dunia ini.


Musibah datang terus daripada Alllah..Manusia tidak mampu menahan musibah. Dalam hidup ini sering berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak dijangka apatah lagi diharapkan; maka, dengan bersabar kita boleh berdepan dengannya.

Apa yang berlaku dalam hati kita sebenarnya lebih penting berbanding dengan apa yang berlaku di luar diri kita. Jika sifat sabar sudah tersemat dalam hati musibah dari luar yang sebesar apa pun dapat dihadapi dengan sebaiknya.

NydaRose@Nydasrikandimuda
28/12/2014 l Selamat ulangtahun kelahiran Mak

Moga Mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak. Moga segalanya yang terbaik untuk Mak di dunia dan akhirat.

Mak, sesungguhnya sayang sangat-sangat..tiada insan yang ingin menjaga hati dan berbakti melebihi Mak. Maklah ibu yang terbaik dalam dunia ni.

Mak, waktu bayi dulu Mak sedih tapi Mak tak pernah abaikan anak mak ni. Mak memang tabah dan kuat.

Mak, terlalu banyak jasa waktu kecil sehingga kini yang tak terhitung banyaknya terlalu banyak tak terkata.Every single things yang berlaku semua mak tabah harungi.


Maklah ibu dan juga teman rapatku dari kecil hingga sekarang dan in shaa Allah selamanya.
Terima kasih Mak. I love you so much Mak 

Terima kasih ya Allah kerana memberikan saya peluang menerima nikmat kasih sayang dari Mak. Terima kasih ya Allah kerana aku mempunyai ibu yang sangat baik.

Akhir sekali, selamat ulangtahun kelahiran buat Mak yang tercinta. Maklah mak yang terbaik di dunia. Sayang Mak.

**I love my mom. No matter what we go through, no matter how much we argue because i know, at the end she'll always be better for me. tq mom.

NydaRose@Nydasrikandimuda


Kekuasaan Allah dalam menetapkan dan memberi keizinan terhadap sesuatu, jauh lebih tinggi dibandingkan autoriti yang dimiliki sesiapa pun di dunia kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Oleh itu, kita tidak perlu ragu untuk bertawakal dan menyerahkan segala kesudahannya pada Allah. Semuanya di atas keizinan Allah.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya,sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-Hadiid, 57:22)

#PrayForMangsaBanjir
#PrayForMalaysia
#TeruskanBerdoaPadaAllah
#JadikanSabarDanSolatSebagaiPenolongmu


NydaRose@Nydasrikandimuda

Khamis, 4 Disember 2014




Bila hati mengadap TUHAN baru ku sedar ada kelemahan..berasa kerdil berbanding yang Esa, terbaru terfikir betapa Agung-Nya TUHAN..

Moga Engkau terus menjaga hati ini agar ia tetap berada dekat dengan-MU....Allah...kerana aku sentiasa khilaf. sentiasa lalai dalam mengingati Mu...

NydaRose@Nydasrikandimuda

Rabu, 3 Disember 2014



Cantiknya Ciptaan Allah..Air lautnya biru..Penuhi hari dengan lautan hikmah..

"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Al-Imran; 3:190)

#PulauPerhentianTerengganu

NydaRose@Nydasrikandimuda

Ahad, 30 November 2014

           SURAH YUSUF, 12:22



Bismillahirahmanirrahim...Assalammualaikum warahmatullah.....Alhamdulillah wa syukurillah....Allah masih mengurniakan kudrat buat saya menulis untuk peringatan kepada diri saya sendiri, saya manusia biasa. takda alim tiada sempurna dan juga untuk semua yang sudi membaca apa yang saya ingin sampaikan..Moga memperoleh manfaat hendaknya. In shaa Allah.

Apabila saya memperdengarkan surah Yusuf dan saya cuba memahami setiap baris ayatnya…saya dapati banyak sekali pengajaran yang saya perolehi. Banyak iktibar dan pengajaran boleh dipetik daripada al-Quran, surah Yusuf.

Surah Yusuf ini mempunyai jalan penceritaan yang agak berbeza daripada surah-surah yang lain. Ini kerana penceritaan tentang perjalanan hidup Nabi Yusuf sebagaimana yang dipaparkan di dalam surah ini.

Antara pengajaran yang ingin saya ambil dari Surah Yusuf, 12:22 ini adalah,

Maksudnya: Dan ketika dia (Yusuf) telah cukup dewasa kami ajarkan kepadanya kekuasaan dan ilmu. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Suka saya sampaikan kepada semua, Allah berikan kebijaksaan serta ilmu pengetahuan, apabila orang-orang memperbaiki amalannya. Ini amat penting kepada semua orang Islam. Kejayaan umat Islam adalah dengan memperbaiki amalan-amalan.

Nabi Yusuf a.s. dikurniakan nikmat-nikmat yang mulia seperti ilmu pengetahuan, ketenangan, akhlak mulia, dakwah kepada Allah dan agamanya, sifat pemaaf kepada abang-abangnya yang melakukan kesalahan terhadapnya dan tidak mengungkit-ngungkit serta memalukan mereka.

Dalam surah yang menarik ini iaitu Surah Yusuf, Allah s.w.t menutupi dengan menyeru kepada orang yang beriman dalam bentuk yang sangat indah, supaya menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah itu dengan cara yang sebetulnya untuk berfikir dan mengambil pengiktibaran dari perkara yang telah dipelajari. Membandingkan dan menilai ke atas diri sendiri adalah amat penting kerana pendekatan ilmu sebegitulah yang membawakan seseorang kepada memperbaiki dirinya sendiri, seterusnya memperolehi hidayah dari Allah s.w.t.

Setelah meneliti Al-Quran saya mendapati cerita-cerita Nabi dan Rasullullah amat penting dalam implikasi kehidupan ini. Rasullullah telah membuat garis panduan yang jelas tetapi ramai yang tidak mahu mengikutinya, dan ini difirmankan oleh Allah berkali-kali dalam Al-Quran…Bukan teori cakap-cakap kosong. Tapi ilmu yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-rasulnya.

Wallahu’alam dan segala puji bagi Allah yang memberi kurniaan kekuatan untuk saya terus istiqamah membaca, memperdengarkan dan memahami serta menghafal setiap baris ayat.

Terima kasih kerana membaca dan maafkan saya andai ada kekurangan daripada saya.

P/s: JAGA IMAN, JAGA AMAL DAN JAGA AKHLAK

Wassalam..

NydaRose@Nydasrikandimuda

Khamis, 27 November 2014



Penerbangan Ku Menerjah Awan


Andainya berburung terbang kerana sayapnya. Ku terbang menerjah awan demi hasrat membara. Harus yakin dan tabah menghadapi segala.

Hanya Ku inginkan rampaian DOA, agar tiap langkah diiring restu semua. Di mana impian menjadi kenyataan.

P/s: Diri Ku sedang mendabik dada melangkah gagah dan terus melangkah meski setiap langkah kaki dihalangi sejuta rintangan. Jika kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan yang senang.

**Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Diri, Hiasi diri dengan akhlak yang terpuji.

NydaRose@Nydadrikandimuda

Rabu, 22 Oktober 2014



Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..

Alhamdulillah...pada hari ini, saya masih diberi peluang untuk menulis di ruangan blog saya ini. Kita datang dari Dia dan padaNya jua kita kembali. Entah jauh atau dekat, yang pasti saat kita kembali padaNya akan tiba jua. Astaghfirullah.. astaghfirullah..astaghfirullah..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas yang dibuat secara sedar atau tidak sedar. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami maghfirahMU. Hanya padaMU kami menggantungkan segala harapan.

Menjaga Pandangan Mata!!

Allah mengurniakan mata supaya kita dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaan Illahi. Segala pandangan indah di muka bumi ini menandakan kekuasaan Allah tetapi adakah kita menggunakan sepasang mata yang berharga ini untuk tujuan yang baik atau sebaliknya? Menjauhi mata daripada memandang perkara-perkara yang diharamkan. Mereka yang menjaga pandangan daripada melihat perkara yang baik akan dijamin masuk ke syurga.

Oleh itu, jagalah pandangan sewajarnya. Amalkan menundukkan pandangan daripada melihat yang haram. Ini kerana maksiat bermula dari pesona pandangan mata, kemudian jatuh ke hati. Maka, terjadilah apa yang tidak diingini.

P/s : Jaga hati, Jaga iman, Jaga diri, Hiasi peribadi dengan akhlak terpuji 

Wassalam..

NydaRose@Nydasrikandimuda.

Isnin, 22 September 2014

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis


Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Isnin, 8 September 2014


BERDIRI DI ATAS BAKAT SENDIRI




Namaku rosenyda @nydasrikandimuda, Seorang hamba Allah yang sedang bertatih dalam penulisan. Saya mungkin masih belum dapat mencapai tahap penulis yang baik, tapi in shaa Allah, moga Allah memberikan hidayah kepada saya untuk mencapainya kerana redhaNya.

Semoga penulisan saya tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan semata-mata, bahkan di alam realiti tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Saya tak rasa gembira jika pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok, tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya. 

Moga saya menjadi penulis yang mampu menjadi contoh penulis yang istiqomah. Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Mohon maaf andai terdapat kekurangan dan kekasaran bahasa dalam penulisan. Semoga Allah meredhai segala amalan kita untuk mencari rahmatNya.

P/s : Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah. Penulis yang berjaya, adalah penulis yang penulisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

Ahad, 7 September 2014


SETANGKAI RASA SEINDAH BICARA




Biarpun bersama kekurangan...Namun bersyukur kurniaan Tuhan..Maha Suci Allah yang memiliki keagungan dan kekuasaan yang Maha Hebat dan Agung yang tiada tolok bandingnya...

Ya Allah Ya Tuhan
ku…Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu...Amin ya Rabbal ‘Alamin

**Kepada Allah daku berharap dan berserah diri...Ku insafi kelemahan akan kelemahan diri ini...Ketuklah, maka pintu akan terbuka...Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu...Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.

CUKUP BAGIKU ALLAH





Alhamdulillah ‘ala kulli, never regret, never for once !

Ya Allah, Engkau akan bagi juga untuk gembirakan hambanya, it is just the matter of time and how grateful we are with your blessings.Alhamdulillah.

**senyum, Allah sedang melihatmu 


Khamis, 4 September 2014


CORETAN DI HARI JUMAAT



Bismillah..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!

Wahai diri 'cik rosenyda', jangan dibiarkan masa itu berlalu begitu sahaja..

Jangan disia-siakan masa mudamu... ambillah apa yang terbentang diruang pandanganmu... jangan kamu memilih dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat-sangat berharga... wang tidak dapat menjaga kita, tapi ilmu yang bermanfaat akan sentiasa membuatkan kita terjaga dan terbela walau dimana jua kita berada..

ingatlah!!

kita ibarat "pelakon" dipentas dunia.. malaikat adalah "peminat" yang selalu mengikuti watak lakonan kita dan Allah adalah sebaik-baik penilai... oleh itu, lakonkanlah watak yang terbaik sebagai "persembahan" kita di hadapan yang Maha Esa.. jadikan Rasulullah sebagai idola, Al-Quran dan Sunnah sebagai skrip.. moga natijah lakonan itu adalah yang terbaik in shaa Allah..

wallahualam

Sabtu, 5 Julai 2014




Bila kita selalu didik hati kita untuk gembira dengan apa yang kita ada, kita akan lebih menghargai setiap nikmat yang diberi Allah..:)

Nydasrikandimuda@NydaRose

Isnin, 12 Mei 2014

DI SINI KU BERMULA...







Moga hari ini dan hari-hari seterusnya saya terus kuat. kuat. dan kuat...Ya, hari yang mendatang itu pastinya lebih mencabar...maka siapa saya pada hari yang mendatang itu jika hari ini saya lemah..Saya perlu terus kuat, walau terkadang mahu tersungkur di persimpangan jalan, walau terkadang letih meneruskan perjuangan dan  walau terkadang hati mengatakan untuk apa lagi istiqamah dalam perkara-perkara kebaikan...lumrahnya yang lemah pasti tersungkur...yang kuat pasti berjaya...maka saya pilih untuk berjaya...Saya mahu berjaya menempuhi ujian-ujianNya.

Ya Allah, kuatkan aku dijalanMu ini...masukkanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang berjaya.
Firman Allah swt:

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman (surah al-mukminun 23:1)





Related Posts with Thumbnails