"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Isnin, 22 September 2014

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis


Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Isnin, 8 September 2014


BERDIRI DI ATAS BAKAT SENDIRI




Namaku rosenyda @nydasrikandimuda, Seorang hamba Allah yang sedang bertatih dalam penulisan. Saya mungkin masih belum dapat mencapai tahap penulis yang baik, tapi in shaa Allah, moga Allah memberikan hidayah kepada saya untuk mencapainya kerana redhaNya.

Semoga penulisan saya tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan semata-mata, bahkan di alam realiti tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Saya tak rasa gembira jika pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok, tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya. 

Moga saya menjadi penulis yang mampu menjadi contoh penulis yang istiqomah. Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Mohon maaf andai terdapat kekurangan dan kekasaran bahasa dalam penulisan. Semoga Allah meredhai segala amalan kita untuk mencari rahmatNya.

P/s : Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah. Penulis yang berjaya, adalah penulis yang penulisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

Ahad, 7 September 2014


SETANGKAI RASA SEINDAH BICARA




Biarpun bersama kekurangan...Namun bersyukur kurniaan Tuhan..Maha Suci Allah yang memiliki keagungan dan kekuasaan yang Maha Hebat dan Agung yang tiada tolok bandingnya...

Ya Allah Ya Tuhan
ku…Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu...Amin ya Rabbal ‘Alamin

**Kepada Allah daku berharap dan berserah diri...Ku insafi kelemahan akan kelemahan diri ini...Ketuklah, maka pintu akan terbuka...Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu...Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.

CUKUP BAGIKU ALLAH





Alhamdulillah ‘ala kulli, never regret, never for once !

Ya Allah, Engkau akan bagi juga untuk gembirakan hambanya, it is just the matter of time and how grateful we are with your blessings.Alhamdulillah.

**senyum, Allah sedang melihatmu 


Khamis, 4 September 2014


CORETAN DI HARI JUMAAT



Bismillah..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!

Wahai diri 'cik rosenyda', jangan dibiarkan masa itu berlalu begitu sahaja..

Jangan disia-siakan masa mudamu... ambillah apa yang terbentang diruang pandanganmu... jangan kamu memilih dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat-sangat berharga... wang tidak dapat menjaga kita, tapi ilmu yang bermanfaat akan sentiasa membuatkan kita terjaga dan terbela walau dimana jua kita berada..

ingatlah!!

kita ibarat "pelakon" dipentas dunia.. malaikat adalah "peminat" yang selalu mengikuti watak lakonan kita dan Allah adalah sebaik-baik penilai... oleh itu, lakonkanlah watak yang terbaik sebagai "persembahan" kita di hadapan yang Maha Esa.. jadikan Rasulullah sebagai idola, Al-Quran dan Sunnah sebagai skrip.. moga natijah lakonan itu adalah yang terbaik in shaa Allah..

wallahualam

Related Posts with Thumbnails