"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Sabtu, 5 Julai 2014




Bila kita selalu didik hati kita untuk gembira dengan apa yang kita ada, kita akan lebih menghargai setiap nikmat yang diberi Allah..:)

Nydasrikandimuda@NydaRose

Isnin, 12 Mei 2014

DI SINI KU BERMULA...







Moga hari ini dan hari-hari seterusnya saya terus kuat. kuat. dan kuat...Ya, hari yang mendatang itu pastinya lebih mencabar...maka siapa saya pada hari yang mendatang itu jika hari ini saya lemah..Saya perlu terus kuat, walau terkadang mahu tersungkur di persimpangan jalan, walau terkadang letih meneruskan perjuangan dan  walau terkadang hati mengatakan untuk apa lagi istiqamah dalam perkara-perkara kebaikan...lumrahnya yang lemah pasti tersungkur...yang kuat pasti berjaya...maka saya pilih untuk berjaya...Saya mahu berjaya menempuhi ujian-ujianNya.

Ya Allah, kuatkan aku dijalanMu ini...masukkanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang berjaya.
Firman Allah swt:

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman (surah al-mukminun 23:1)





Khamis, 12 Disember 2013

Kun Fayakun


Bismillahirrahmannirrahim…Assalamualaikum w.b.t.

Pembuka cerita yang membuatkan saya lama memikirkannya….beberapa kali saya mengulang bicara itu….indah dan sarat dengan nasihat berguna...memahamkan konsep dan perkaitannya antara realiti sebuah kehidupan dan Kun Fayakun dari Tuhan..



Kun fayakun…bila Allah kata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)…apa yang saya tertarik sangat pasal perkataan "Kunfayakun" ni kan sebab ia menyedarkan saya, sejauh mana kita merancang tapi bila Allah tu tak izinkan, so takkan jadi apa yang kita rancang tu…..So, dari sini saya boleh nampak apa yang jadi semua telah diaturkan oleh Allah swt cuma bergantung pada diri saya nak terima dengan redha ke tidak….Kalau fikir balik, owhh….Even kita lari mana pun, kita tolak mana pun sesuatu tu, tapi kalau nak jadi, ia tetap akan jadi..



Sebagai hamba, apabila kita rasa yang perancangan kita semua dah ok, complete, lengkap, semua lah kan, jangan lupa doa moga perancangan kita tu diredhai Allah…moga segalanya berjalan lancar tanpa masalah.

Tetapi!!!

Katakanlah yang apa yang kita rancang tak menjadi, maka ingatlah yang Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya…jangan pula kita berasa terlalu kecewa kerana in shaa Allah ianya menjadi pengajaran supaya dalam membuat perancangan untuk sesuatu yang lain kita akan jadi lebih berhati-hati.

Pentingnya, terima qada' dan qadar Allah….mungkin jika apa yang kita rancang tu comes true, banyak masalah yang akan timbul….sesungguhnya apa yang Allah dah atur, itulah yang terbaik untuk kemaslahatan manusia…ye dak?

Satu lagi,

Apabila sesuatu plan tak menjadi, sebenarnya menunjukkan betapa pentingnya plan B yang betul-betul untuk urgent moment punya! tak kiralah plan tu secikai mana pun, asalkan ada…pendek kata, kita kena bersedia untuk sebarang posibiliti yang ada…tak kiralah yang baik, mahupun yang buruk.


P/s : Keyakinan pada Allah s.w.t sudah pasti tidak sia-sia...sebagai hamba kita tidak sepatutnya mempersoalkan tentang takdir Tuhan yang kekadang tidak seperti yang diharapkan kerana Dia Maha Mengetahui segala yang ditentukan…pasti terdapat hikmah disebaliknya..


**La takhaf wa la tahzan innallaha maana - jangan takut dan jangan sedih…sesungguhnya Allah bersama kita :)

 

 Wassalam..





Related Posts with Thumbnails