"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان
DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...
Pengikut
Rabu, 3 Disember 2014
Ahad, 30 November 2014
SURAH YUSUF, 12:22
Bismillahirahmanirrahim...Assalammualaikum
warahmatullah.....Alhamdulillah wa syukurillah....Allah masih
mengurniakan kudrat buat saya menulis untuk peringatan kepada diri saya
sendiri, saya manusia biasa. takda alim tiada sempurna dan juga untuk
semua yang sudi membaca apa yang saya ingin sampaikan..Moga memperoleh
manfaat hendaknya. In shaa Allah.
Apabila saya memperdengarkan
surah Yusuf dan saya cuba memahami setiap baris ayatnya…saya dapati
banyak sekali pengajaran yang saya perolehi. Banyak iktibar dan pengajaran boleh dipetik daripada al-Quran, surah Yusuf.
Surah Yusuf ini mempunyai jalan penceritaan yang agak berbeza daripada
surah-surah yang lain. Ini kerana penceritaan tentang perjalanan hidup
Nabi Yusuf sebagaimana yang dipaparkan di dalam surah ini.
Antara pengajaran yang ingin saya ambil dari Surah Yusuf, 12:22 ini adalah,
Maksudnya: Dan ketika dia (Yusuf) telah cukup dewasa kami ajarkan kepadanya kekuasaan dan ilmu. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Suka saya sampaikan kepada semua, Allah berikan kebijaksaan serta ilmu pengetahuan, apabila orang-orang memperbaiki amalannya. Ini amat penting kepada semua orang Islam. Kejayaan umat Islam adalah dengan memperbaiki amalan-amalan.
Nabi Yusuf a.s. dikurniakan nikmat-nikmat yang mulia seperti ilmu pengetahuan, ketenangan, akhlak mulia, dakwah kepada Allah dan agamanya, sifat pemaaf kepada abang-abangnya yang melakukan kesalahan terhadapnya dan tidak mengungkit-ngungkit serta memalukan mereka.
Dalam surah yang menarik ini iaitu Surah Yusuf, Allah s.w.t menutupi dengan menyeru kepada orang yang beriman dalam bentuk yang sangat indah, supaya menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah itu dengan cara yang sebetulnya untuk berfikir dan mengambil pengiktibaran dari perkara yang telah dipelajari. Membandingkan dan menilai ke atas diri sendiri adalah amat penting kerana pendekatan ilmu sebegitulah yang membawakan seseorang kepada memperbaiki dirinya sendiri, seterusnya memperolehi hidayah dari Allah s.w.t.
Setelah meneliti Al-Quran saya mendapati cerita-cerita Nabi dan Rasullullah amat penting dalam implikasi kehidupan ini. Rasullullah telah membuat garis panduan yang jelas tetapi ramai yang tidak mahu mengikutinya, dan ini difirmankan oleh Allah berkali-kali dalam Al-Quran…Bukan teori cakap-cakap kosong. Tapi ilmu yang diberikan oleh Allah kepada Rasul-rasulnya.
Wallahu’alam dan segala puji bagi Allah yang memberi kurniaan kekuatan untuk saya terus istiqamah membaca, memperdengarkan dan memahami serta menghafal setiap baris ayat.
Terima kasih kerana membaca dan maafkan saya andai ada kekurangan daripada saya.
P/s: JAGA IMAN, JAGA AMAL DAN JAGA AKHLAK
Wassalam..
NydaRose@Nydasrikandimuda

Khamis, 27 November 2014
Penerbangan Ku Menerjah Awan
Andainya berburung terbang kerana sayapnya. Ku terbang menerjah awan demi hasrat membara. Harus yakin dan tabah menghadapi segala.
Hanya Ku inginkan rampaian DOA, agar tiap langkah diiring restu semua. Di mana impian menjadi kenyataan.
P/s: Diri Ku sedang mendabik dada melangkah gagah dan terus melangkah
meski setiap langkah kaki dihalangi sejuta rintangan. Jika kita melalui
jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan yang
senang.
**Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Diri, Hiasi diri dengan akhlak yang terpuji.
NydaRose@Nydadrikandimuda

Langgan:
Catatan (Atom)