"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Rabu, 22 Oktober 2014



Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..

Alhamdulillah...pada hari ini, saya masih diberi peluang untuk menulis di ruangan blog saya ini. Kita datang dari Dia dan padaNya jua kita kembali. Entah jauh atau dekat, yang pasti saat kita kembali padaNya akan tiba jua. Astaghfirullah.. astaghfirullah..astaghfirullah..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas yang dibuat secara sedar atau tidak sedar. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami maghfirahMU. Hanya padaMU kami menggantungkan segala harapan.

Menjaga Pandangan Mata!!

Allah mengurniakan mata supaya kita dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaan Illahi. Segala pandangan indah di muka bumi ini menandakan kekuasaan Allah tetapi adakah kita menggunakan sepasang mata yang berharga ini untuk tujuan yang baik atau sebaliknya? Menjauhi mata daripada memandang perkara-perkara yang diharamkan. Mereka yang menjaga pandangan daripada melihat perkara yang baik akan dijamin masuk ke syurga.

Oleh itu, jagalah pandangan sewajarnya. Amalkan menundukkan pandangan daripada melihat yang haram. Ini kerana maksiat bermula dari pesona pandangan mata, kemudian jatuh ke hati. Maka, terjadilah apa yang tidak diingini.

P/s : Jaga hati, Jaga iman, Jaga diri, Hiasi peribadi dengan akhlak terpuji 

Wassalam..

NydaRose@Nydasrikandimuda.

Isnin, 22 September 2014

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis


Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Isnin, 8 September 2014


BERDIRI DI ATAS BAKAT SENDIRI




Namaku rosenyda @nydasrikandimuda, Seorang hamba Allah yang sedang bertatih dalam penulisan. Saya mungkin masih belum dapat mencapai tahap penulis yang baik, tapi in shaa Allah, moga Allah memberikan hidayah kepada saya untuk mencapainya kerana redhaNya.

Semoga penulisan saya tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan semata-mata, bahkan di alam realiti tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Saya tak rasa gembira jika pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok, tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya. 

Moga saya menjadi penulis yang mampu menjadi contoh penulis yang istiqomah. Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Mohon maaf andai terdapat kekurangan dan kekasaran bahasa dalam penulisan. Semoga Allah meredhai segala amalan kita untuk mencari rahmatNya.

P/s : Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah. Penulis yang berjaya, adalah penulis yang penulisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

Related Posts with Thumbnails