Aku
mula bercerita…hati hanya bersuara...dan mulutku cuba mengiyakan kata..
tangan ku mula melakarkan apa yang ada..dan mula la aku bercerita.
Aku Terima Lamaran Pemilik Tudung Labuh…[Hafeez & Rabiatul]
“Assalamualaikum umi.”
Wajah ceria umi dilihat dalam alam maya dengan sayunya. Skype menjadi
penghubung Rabiatul dan ibunya yang berada jauh di mata tapi dekat di
hatinya sepanjang masa. Raut wajah ibunya ditatap dengan penuh syahdu.
Ingin disentuh wajah itu namun jarak memisahkan mereka.
Kini
telah masuk tahun keempat Rabiatul melanjutkan pelajaran di Jordan.
Kesibukan menimba ilmu membuatkan Rabiatul tidak sedar masa berlalu
dengan pantasnya.
“Waalaikumussalam. Adik sihat? Belajar macam mana sekarang?”
Tahulah..Rabiatul soalan itu memang akan keluar daripada mulut seorang
ibu. Bimbang tentang keadaan yang jauh di mata. Ibunya lebih suka
bertanya tentang pelajarannya terlebih dahulu. Mungkin kerana hati ibu
sudah memahami, pelajaran adalah kunci utama tahap kesihatan anaknya
itu. Apabila Rabiatul tertekan dalam pelajaran, mulalah kesihatan
diabaikan. Sikap yang dikatakan agak tidak matang ini memang menguasai
dirinya sejak sekolah rendah lagi. Pantang keputusan peperiksaannya
menurun, pasti akan ditingkatkan ulangkajinya. Dirinya terasa tercabar
jika tanggungjawab sebagai seorang pelajar diabaikan dengan mudahnya.
“Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Baru lepas habis test. InsyaAllah
dah buat yang terbaik, serah dekat Allah sajalah. Orang rumah semua okay
ke? Kak Long dengan Kak Ngah ada balik?”
“Semua okay. Kak Long baru
balik hari tu. Dia ambil cuti seminggu sebab nak rehat. Kak Ngah balik
minggu depan. Nak bincang mengenai perkahwinannya terus.”
“Wah, lepas ni dah ada yang panggil Mak Su. Seronok, seronok. Tahniah lah. Kak Ngah pilih ke umi abah pilih? Hehe..
“Dia pilih sendiri lah. Zaman sekarang orang cari sendiri lah adik. Adik dah ada calon belum?”
“Aik, pilih sendiri? Adik nak suruh umi abah carikan. Malaslah nak cari. Banyak lagi kerja lain nak buat.”
Senyuman manis terukir di bibir Rabiatul. Siapa sangka disebalik
kesibukan menimba ilmu, hatinya tetap dimiliki oleh hamba Allah yang
telah lama tidak dihubungi. Rabiatul lebih memilih untuk menjauhkan diri
daripada buah hatinya itu kerana tidak ingin mengganggu tahap keimanan
seorang hamba yang sedang bermujahadah. Jauh di sudut hatinya, sudah
mengalah mengharapkan insan yang telah bergelar seorang hafiz al-Quran
itu. Dia bukanlah perempuan yang baik-baik sebaik seorang hafizah
al-Quran. Dia juga bukanlah sepintar hafizah yang dapat menghafal
kalam-kalam Allah yang Teragung itu. Walaubagaimanapun, Rabiatul tetap
nekad untuk menjaga diri sebaiknya. Mungkin bukan layak baginya untuk
mendapat jodoh seorang hafiz, tetapi mungkin lebih baik dia mengharapkan
dipertemukan dengan insan yang masih mampu menjadi ketua keluarga yang
boleh mengimamkan solatnya kelak. Mengharapkan jodohnya itu adalah orang
yang dapat mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang melaksanakan
amar makruf dan nahi munkar.
Perbualan di Skype tidak dapat
dipanjangkan. 20 minit yang diperuntukkan dirasakan seperti 10 minit.
Tidak sempat berbual panjang.
“Umi, adik ada kelas 30 minit lagi. Adik nak bersiap dulu ni. Nanti sampaikan salam dekat semua okay. Kirim salam sayang”
“Okay” “Umi doakan segalanya lancar di sini.”
…………………
Masa berlalu dibawa angin. Kesibukan membuat persiapan perkahwinan
Husni. Rabiatul akan pulang ke tanah air dan akan lebih diperuntukkan
masa bersama keluarga. Bukan niatnya ingin melupakan sahabat-sahabat
yang telah banyak membentuk dirinya, tatapi akalnya perlu bijak
membahagikan masa antara keperluan rohani dan keperluan jasmani.
Cukuplah sekadar chatting di muka buku, sudah menenangkan hati Rabiatul.
Ukhti, enti dah berpunya belum? – Iman
Belum tiba waktunya :) – Rabiatul
Enti setia dengan dia lagi ke? Enti ada dapat khabar dari dia? Ana
dengar tak lama lagi dia nak bertunang. Ana stalker facebook dia.
Melalui komen dan post dekat wall dia, itulah yang ana faham. – Iman
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Ana dah lama tak hubungi
dia ukhti. Sebab ana dah buat persiapan awal-awal, Allah Maha Perancang
kan. Mungkin ana memang suka dia, tapi Allah tahu sukanya bakal
isterinya terhadap dia berlipat kali ganda hebat. – Rabiatul
Insya-Allah. Enti jaga diri baik-baik okay. Selalu berdoa dijauhkan daripada bisikan nafsu :) – Iman
Terima kasih sahabat. – Rabiatul
Sayunya hati hanya dipendamkan. Istighfar mula bermain di bibirnya. Air
mata tidak dapat disekat untuk membasahi pipi. Patahnya hati apabila
kesetiaan berakhir sebegitu rupa. Teringat kali pertama perkenalannya
dengan hamba Allah yang sudah lama berada di carta hatinya. Rabiatul
akur dengan kesetiaannya. Barulah dia sedar, dia hanya bertepuk sebelah
tangan. Cinta itu bukanlah kejam di matanya kerana cinta itu yang telah
mengubah arah hidupnya. Dia akur dengan aura cinta. Seorang perempuan
yang mencintai seorang lelaki akan merasakan apa yang dikatakan oleh si
kekasih adalah benar belaka. Hanya diangguk, tiada digeleng. Bersyukur
juga Rabiatul kerana Allah memberi peluang dia menyimpan perasaan kepada
insan yang melabuhkan cinta kepada Allah.
“Enti tak perlu balik kepada cara hidup lama enti. Ana mohon, teruskanlah bersahabat dengan orang yang soleh.
Kiriman SMS enam tahun yang lalu masih segar di ingatan. Berdamping
dengan orang soleh telah banyak mengubah dirinya sedikit demi sedikit.
Kini berakhir sudah kesetiaan hati. Rabiatul sudah lama menantikan saat
ini kerana kesetiaan itu sedikit sebanyak memberi harapan palsu buat
dirinya. Solat tahajjud kali ini diselubungi kesedihan. Kegembiraan
kakaknya yang akan melansungkan perkahwinan esok hari sedikit sebanyak
meremukkan lagi hatinya. Mungkin kerana terlintas juga di hatinya ingin
memiliki kekasih halal pilihannya sendiri. Tetapi segalanya telah
dilupakan apabila lelaki pilihannya akan menjadi milik wanita lain.
Sudah pasrah.
…………………………
Jam menunjukkan pukul 10 malam.
Majlis berjalan dengan lancar. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin
meriah rasanya. Sepanjang hari, tetamu sibuk menilik rumah banglo itu.
Cantik indah. Mustahillah seorang pengurus butik perkahwinan membuat
serba ringkas. Sering saja terlintas di fikiran Rabiatul apabila ramai
yang memuji. Rabiatul juga tidak kurang sibuk. Sibuk ditemuduga, bila
mahu melansungkan perkahwinan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan
khidmat pencarian jodoh. Semuanya dianggap lawak jenaka sahaja. Tidak
terlintas lagi di fikirannya untuk ke arah membina masjid. Hatinya baru
terubat luka, dibiarkan dahulu untuk pulih sepenuhnya.
“Mampu tak aku dapat suami yang soleh?
“Allah izinkan tak aku dapat suami yang memahami aku?”
Lamunan dimatikan. Sekotak hadiah dihulurkan kepada Rabiatul.
“Hadiah ni ada yang bagi untuk adik tadi.”
Abah berlalu pergi, kepenatan terpancar di wajah abahnya.
“Thanks dad! Selamat malam,” ceria suaranya.
“Orang lain bina masjid, orang lain dapat hadiah.”
Sempat lagi mengomel sendiri sebelum masuk ke bilik. Hadiah diletakkan
di sisi katil, masih ada urusan yang belum diselesaikan. Setelah
berwuduk, bacaan al-Mulk dimulakan. Sudah menjadi runtinnya sejak
mendapat ilham daripada Allah. Bacaan ini diharap sedikit sebanyak dapat
mebantunya menghadapi seksaan di akhirat kelak. Nauzubillah, hikmah
pembacaan al-Mulk terlalu besar baginya. Badan dibetulkan menghadap ke
arah kanan. Sunnah Rasulullah sedikit sebanyak mengingatkannya kepada
Rasul terakhir utusan Allah. Hadiah. Matanya memerhati lagi, tidak
sempat dilelapkan. Sekeping kad disertakan.
Assalamualaikum,
Terimalah hadiah ini seadanya.
Selamat mencari kemanisan Islam,
Saya tunggu awak habis belajar.
Semoga Allah menjaga awak untuk saya..=)
……………………….
Tarikh 20 Mei menjadi pilihan pasangan termuda dalam keluarga Encik
Fariz anak bongsu perempuannya memilih untuk menamatkan zaman bujang
seawal usia 24 tahun. Bukan kerana sudah tidak sabar, bukankah lebih
baik mendirikan masjid lebih awal apabila tiba masanya adalah yang
terbaik bagi menjaga hatinya yang sudah lama bersabar untuk menatap
wajah bakal zaujnya.
Seperti yang diceritakan abah, pemilik
hadiah adalah lelaki yang baik. Cukuplah bagi Rabiatul menerima lamaran
lelaki itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu bertemu abah di masjid.
Bertambah yakin lagi hati Rabiatul apabila hadiahnya itu adalah tudung
labuh. Rabiatul beranggapan, tudung labuh itu menunjukkan lelaki itu
mampu mengubah dirinya kelak. Semestinya ke arah kebaikan.
Perkahwinan Rabiatul banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan
keluarga besarnya. Tidak pernah terjadi dalam keturunan itu, berkahwin
tanpa bertunang. Ditambah kekesalan lagi apabila Rabiatul menerima
lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dibiarkan sahaja orang
berkata-kata. Pilihan ayahnya pasti yang terbaik buatnya.
Dirinya sendiri selama ini dianggap asing kerana tidak mengikut
perkembangan berfashion. Namun jalan manakah yang benar. Berlandaskan
Islam atau berlandaskan masa? Akur dengan tazkirah yang pernah dibaca.
Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan kerana Islam
lebih mahal nilainya berbanding persaudaraan kerana pertalian darah.
Keluarga kandung boleh sahaja bergaduh kerana gilakan harta, tetapi
orang mukmin tetap menghormati sesama mereka dalam pembahagian harta.
Telah sah sudah Rabiatul binti Fariz menjadi bidadari dunia Muhamad
Hafeez bin Mohd Nizam dengan sekali lafaz. Rabiatul melihat sekilas
wajah Hafeez ketika sesi pembatalan air sembahyang. Perasaan malu masih
menebal.
Akhirnya, saat yang dinantikan Rabiatul untuk memakai
blaus pengantin menjadi kenyataan. Cantik mempesonakan. Tetamu yang
hadir seakan-akan tidak percaya Rabiatul tampil secomel bidadari.
Mungkin kerana sikap Rabiatul yang sangat bersederhana selama ini, tidak
berminat untuk make up dan berpakaian secantik itu walaupun berkerjaya.
Hari ini Rabiatul tampil dengan kelainan untuk menjaga hati kekasih
halalnya.
Rabiatul rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan
dengan insan yang sangat menyayanginya. Dirinya terasa dihargai.
Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan Rabiatul dengan
Taufiq kerana Allah tahu Hafeez lebih memerlukan dia. Kasih sayang Allah
kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai
menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan
Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Pengalaman
hidup Rabiatul sangat manis setelah diduga oleh Allah. Dugaan itu
adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.
P/s : yang pertama itu
memang susah nak lupa sebab ia akan sentiasa hidup dalam kenangan
kehidupan..terima kasih kepada yang pertama kerna yang pertama itulah
yang mengajarkan banyak perkara tentang comotnya hari semalam dan
terangnya hari-hariku kini..