Bismillahirrahmannirrahim…Assalamualaikum
w.b.t.
Pembuka cerita yang
membuatkan saya lama memikirkannya….beberapa kali saya mengulang bicara itu….indah
dan sarat dengan nasihat berguna...memahamkan konsep dan perkaitannya antara
realiti sebuah kehidupan dan Kun Fayakun dari Tuhan..
Kun fayakun…bila Allah kata
kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)…apa yang saya tertarik sangat pasal
perkataan "Kunfayakun" ni kan sebab ia menyedarkan saya, sejauh mana
kita merancang tapi bila Allah tu tak izinkan, so takkan jadi apa yang kita
rancang tu…..So, dari sini saya boleh nampak apa yang jadi semua telah
diaturkan oleh Allah swt cuma bergantung pada diri saya nak terima dengan redha
ke tidak….Kalau fikir balik, owhh….Even kita lari mana pun, kita tolak mana pun
sesuatu tu, tapi kalau nak jadi, ia tetap akan jadi..
Sebagai hamba, apabila kita rasa yang
perancangan kita semua dah ok, complete, lengkap, semua lah kan, jangan lupa doa moga perancangan kita
tu diredhai Allah…moga segalanya berjalan lancar tanpa masalah.
Tetapi!!!
Katakanlah yang apa yang kita rancang tak
menjadi, maka ingatlah yang Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya…jangan
pula kita berasa terlalu kecewa kerana in shaa Allah ianya menjadi pengajaran
supaya dalam membuat perancangan untuk sesuatu yang lain kita akan jadi lebih
berhati-hati.
Pentingnya, terima qada' dan qadar Allah….mungkin jika apa
yang kita rancang tu comes true, banyak masalah yang akan timbul….sesungguhnya
apa yang Allah dah atur, itulah yang terbaik untuk kemaslahatan manusia…ye dak?
Satu lagi,
Apabila sesuatu plan tak menjadi, sebenarnya
menunjukkan betapa pentingnya plan B yang betul-betul untuk urgent moment
punya! tak kiralah plan tu secikai mana pun, asalkan ada…pendek kata, kita kena
bersedia untuk sebarang posibiliti yang ada…tak kiralah yang baik, mahupun yang
buruk.
P/s : Keyakinan pada Allah
s.w.t sudah pasti tidak sia-sia...sebagai hamba kita tidak sepatutnya
mempersoalkan tentang takdir Tuhan yang kekadang tidak seperti yang diharapkan
kerana Dia Maha Mengetahui segala yang ditentukan…pasti terdapat hikmah
disebaliknya..