"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Khamis, 7 Februari 2013

Innalillahiwainnailaihirojiun...




 


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, marilah kita sama-sama mengucapkan ‘Alhamdulillah’ ke hadrat Illahi kerana kita masih bebas bernafas di bumi ciptaanNYA ini.

 

Innalillahiwainnailaihirojiun... 

 

Kematian - Alhamdulillah, masih lagi mahkluk ini mengetaip dan masih lagi seperti yang lain akan bertemu dengan kematian "yang hidup, pasti akan mati" ayat keramat yang masih teguh saya pegang, sedikit sebanyak menarik saya kembali ke dunia realiti ketika saya masih berkhayal bermimpi.

Sedih mengamit hati, tatkala menerima berita pemergian orang yang kita SAYANG...tak kiralah mak ayah kita, saudara mara kita, sahabat handai kita dan sesiapa sahaja..mesti kita berasa sedih kan?? Ya Allah tersentap jiwa ini..terdiam, terkedu menjadi kaku seketika, dia telah pergi meninggalkan kita semua. Sedihnya rasa..=(

 

“Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, ertinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (QS: Qaaf: 19)


Life is too short..
Ajal mati ketentuan Allah..
Ajal tidak menunggu walaupun sedetik,
Ajal datang tanpa diundang,
Ajal tidak memberi isyarat walaupun harinya telah tiba,
Ajal akan terjadi tidak kira masa,
Ajal itu satu kepastian bagi setiap manusia,
Ajal satu pemberian daripada ALLAH,
Ajal tidak dapat dielak setiap manusia,
Ingatlah AJAL MAUT itu ditangan ALLAH. 

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Walaubagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya. Oleh sebab itu, setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuanNya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

Sentiasalah kita mengingati mati..Kerana mati itu pasti..Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita semua..

Yang telah pergi biarkanlah ia pergi..ajalnya telah tiba..kita yang hidup ini mesti meneruskan kehidupan..Semoga kita diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Wassalam..
rosenyda

 

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails