Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Alhamdulillah...pada hari ini, saya masih diberi peluang untuk menulis
di ruangan blog saya ini. Kita datang dari Dia dan padaNya jua kita
kembali. Entah jauh atau dekat, yang pasti saat kita kembali padaNya
akan tiba jua. Astaghfirullah.. astaghfirullah..astaghfirullah..semoga
Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas yang dibuat secara sedar
atau tidak sedar. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami maghfirahMU. Hanya
padaMU kami menggantungkan segala harapan.
Menjaga Pandangan Mata!!
Allah mengurniakan mata supaya kita dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaan Illahi. Segala pandangan indah di muka bumi ini menandakan kekuasaan Allah tetapi adakah kita menggunakan sepasang mata yang berharga ini untuk tujuan yang baik atau sebaliknya? Menjauhi mata daripada memandang perkara-perkara yang diharamkan. Mereka yang menjaga pandangan daripada melihat perkara yang baik akan dijamin masuk ke syurga.
Oleh itu, jagalah pandangan sewajarnya. Amalkan menundukkan pandangan daripada melihat yang haram. Ini kerana maksiat bermula dari pesona pandangan mata, kemudian jatuh ke hati. Maka, terjadilah apa yang tidak diingini.
P/s : Jaga hati, Jaga iman, Jaga diri, Hiasi peribadi dengan akhlak terpuji
Wassalam..
NydaRose@Nydasrikandimuda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan