"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Rabu, 15 September 2010

 
Siapa Orang yang Allah cintai?

Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnya Allah menyukai  orang yang bertaqwa." (Surah al-Tawbah 9: 4)

Orang-orang yang cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah 2: 222)

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al- Mumtahanah 60: 8)

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, makan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali 'Imran  3: 159)

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2: 195)

Orang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61:4)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails