Masa kian pendek?
atau pengurusan masa kian celaru?
Astaghfirullah..
Bila ditetapkan bahawa dalam sehari perlu pada istiqomah sekian-sekian surah dan sekian-sekian zikir,dari situ saya boleh melihat 'kekuatan' amal.
Terkadang sekadar mengheret tubuh ke kamar tidur dengan Al Quran. Betapa lemahnya untuk istiqomah. Walaupun begitu, cuba berusaha sebaik mungkin.
Paling akhir, mencium Al Quran kerana tiada kesempatan untuk berdamping dengannya..dan tidur bersama hafalan.
Terkadang dalam mengantuk, diri akan memulakan 'ceramah' untuk diri sendiri.
Jangan hairan saya suka berbicara sendiri, terutama waktu mengantuk.
Kerana itulah muhasabah yang sempat.
Sikit-sikit daripada tidak dapat apa-apa.
Ini untuk diriku yang lemah..semoga mendapat baja iman.
Apa yang penting??
Susah, senang, lapang, sempit...ingatlah Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan