"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Ahad, 28 Disember 2014

28/12/2014 l Selamat ulangtahun kelahiran Mak

Moga Mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak. Moga segalanya yang terbaik untuk Mak di dunia dan akhirat.

Mak, sesungguhnya sayang sangat-sangat..tiada insan yang ingin menjaga hati dan berbakti melebihi Mak. Maklah ibu yang terbaik dalam dunia ni.

Mak, waktu bayi dulu Mak sedih tapi Mak tak pernah abaikan anak mak ni. Mak memang tabah dan kuat.

Mak, terlalu banyak jasa waktu kecil sehingga kini yang tak terhitung banyaknya terlalu banyak tak terkata.Every single things yang berlaku semua mak tabah harungi.


Maklah ibu dan juga teman rapatku dari kecil hingga sekarang dan in shaa Allah selamanya.
Terima kasih Mak. I love you so much Mak 

Terima kasih ya Allah kerana memberikan saya peluang menerima nikmat kasih sayang dari Mak. Terima kasih ya Allah kerana aku mempunyai ibu yang sangat baik.

Akhir sekali, selamat ulangtahun kelahiran buat Mak yang tercinta. Maklah mak yang terbaik di dunia. Sayang Mak.

**I love my mom. No matter what we go through, no matter how much we argue because i know, at the end she'll always be better for me. tq mom.

NydaRose@Nydasrikandimuda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails