"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok"
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

DeNgaN MeNgInGaTi AllaH HaTiKaN TeNaNg...




Pengikut

Isnin, 29 Disember 2014



Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah....dengan izinNya boleh lagi menulis sambil dengar radio ikim....sungguh segar di halwa telinga ini disajikan bahan-bahan ilmiah daripada radio ikim ini....moga usaha untuk menyebarkan ilmu dan memberi maklumat yang islamik...diberkati oleh Allah.

Alhamdulillah juga…hari ini dikurniakan hari yang baik, diberi kesihatan yang baik oleh Allah kepada saya dan saya juga berharap sahabat-sahabat dalam keadaan yang baik hendaknya..Munculnya mentari yang menyinar tempatku di sini…Moga mentari akan muncul di tempat-tempat lain juga..walaupun ada negeri-negeri yang kini dilanda banjir masih belum surut lagi..in shaa Allah atas izin-Nya moga satu keajaiban akan berlaku..Yakin dan percaya..Teruskan bordoa dan sabar.

Renung dan fikirkan apa yang saya ingin sampaikan di sini. Semoga nukilan saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya tidak kira di mana anda berada dan siapakah anda Moga manfaat kepada semua. Moga tersemat di dalam hati-hati yang membaca tulisan saya ini. In shaa Allah.

Jangan Berprasangka Buruk kepada Allah s.w.t

“Mengapa Allah menetapkan hal ini?”

“Mengapa saya saja yang harus ditimpa musibah seperti ini?”

“Di manakah keadilan Allah?”

“Adakah Allah telah melupakan dan meninggalkan hambanya ini?”

Ayat di atas merupakan salah satu prasangka yang terlintas dihati ketika sesuatu yang tak menyenangkan menimpa diri kita.

Di dalam prasangka tersebut kita mungkin mempersoalkan, memperlekehkan dan memikirkan hal-hal yang buruk terhadap ketetapan Allah.

Ya Allah, alangkah buruknya keadaan kami. Bahkan terhadapMu kami masih memiliki prasangka yang tidak baik. Seolah-olah kami lebih mengetahui daripada Engkau. Jagalah diri kami dari kelancangan ini ya Rabb..

Memang tidak elok untuk seseorang yang lemah mempersoalkan ketetapan Sang Pencipta. Allah benar-benar mengetahui rahsia ciptaan dan ketetapan-Nya..Ingat!! Semua yang ditentukan-Nya adalah baik.

Berbaik sangkalah terhadap Allah dan jangan berburuk sangka terhadap Allah kelak kita sendiri yang akan susah. Allah telah menegaskan bahawa jangan melakukan kezaliman, sedangkan kita mengatakan Allah mengizinkan, tidakkah ini bertentangan..? Segala sesuatu bentuk kekacauan dan kezaliman adalah di sebabkan tangan-tangan manusia bukan kerana izin dari Allah, Allah mengizinkan atas diri kamu gerak- geri kamu, nafas kamu, pendengaran kamu, nyawa kamu dan akal fikiran kamu, sebab itu Allah menurunkan ayat-ayat perintah kerana Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui akan sesuatu yang bakal terjadi, Allah tahu yang manusia mampu melakukan kekacauan, kezaliman dan huru-hara serta pembunuhan, ini disebabkan manusia itu sendiri yang memilih ke jalan itu.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku, janganlah dijadikan suatu kebiasaan meletakkan sesuatu kejahatan yang berlaku semua atas izin Allah, jika sesuatu yang baik berlaku juga bukan atas izin Allah, itu adalah apa yang kamu pilih, Allah telah menetapkan bahawa barangsiapa memilih kebaikan maka kebaikanlah yang dia dapat, jika ia memilih kejahatan maka kejahatanlah yang ia akan dapat. Sudah terang lagi jelas segala ayat-ayat keterangan dari Allah, sesungguhnya al-qur’an itu memang “Huda” iaitu petunjuk bagi sekelian jin dan manusia, firman Allah yang berbunyi:-

“La tatahar roku zarrotun illa bi iznillah, tiada tergerak mereka itu melainkan dengan izin Allah”.

Akhir kata dari saya jika ada terkurang penyampaian saya mohon di tegur jangan di biarkan terus melakukan kesalahan, manusia itu kan di sarankan saling berpesan ke arah kebaikan dan berlumba-lumba membuatkan kebaikan, bukan kezaliman, harus di fahami baik-baik jangan sampai tersalah sangka terhadap Allah s.w.t. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu di atas kelemahan daripada diri saya sendiri. Wallahu’alam.

P/s: Ujian dari Allah tiada yang sia-sia, ada hikmah negara ditimpa berbagai-bagai bencana. Muhasabah diri. Kembali pada Allah. Semoga Allah melindungi Malaysia dan kuatkan semangat kami semua dalam menghadapi ujianMu.

Thanks for reading this...Semoga Allah memberi kebaikan kepada kamu semua..

FIKIR POSITIF DAN SANGKA BAIK!

JAGA DIRI, JAGA IMAN DAN JAGA AKHLAK

‪#‎PrayForMalaysia‬
‪#‎PrayForMangsaBanjir‬
‪#‎PrayForPesawatAirAsiaAWQ8501‬
‪#‎JadikanSolatDanSabarSebagaiPenolongmu‬
‪#‎TeruskanBerdoaPadaAllah‬

Ikhlas dari hati Rose Nyda

NydaRose@Nydasrikandimuda
www.nydasrikandimuda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails